Wednesday, September 16, 2009
HATI YANG KERAS
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
12 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
aik..kisah budak kongsi baju sekolah tu mcm dlm filem yg pernah aku tengok. Bukan filem tempatan.
ReplyDeletesinopsis:
keluarga yg susah. Emaknya pernah menyusukan org tua. Baju sekolah itu adalah baju emaknya yg dihadiah oleh ayahnya.Setiap hari sekolah mereka harus bergilir menukar pakaian tersebut..
Anyway, apa yg u paparkan masih menyentuh perasaan.
Sungguh menyayat hati,buatkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH S.W.T
ReplyDeleteSgt menyentuh perasaan ..Terkenang masa kecil2 dlu, baju sekolah x bertukar selama 3 thn dari darjah 4 hingga darjah 6 ..tapak kasut berlubang ..tebalkan muka ke sekolah ..Alhamdulilah ..rupanya ada yg lebih berat dugaan nya..
ReplyDeleteSalam BS,
ReplyDeleteAkak pernah mengajar di KL dahulu.Banyak kisah-kisah begini akak jumpa.Pengalaman begini yang mematangkan akak untuk menjadi seorang aktivis masyarakat.
Sebagai pendidik kitalah orang pertama berdepan dengan masalah masyarakat berbanding dengan lain-lain goverment staff.
pernah tengok filem ini..jdkan ia sebagai ingatan dan panduan...jangan mudah menghukum seseorang sebelum tahu sebab dan bukti...
ReplyDeleteSaya sokong dan setuju Anak Muallaf..teruskan usahamu..
Kita akan rasa senang bila kita tahu kesusahan org lain...
ReplyDeleteSalam aidilfitri BS
salam.. sebak gak baca, sy masih bersyukur dlm ketentuan Illahi ini sesungguhnya ujian Allah selaras dgn kemampuan.. dan ujian dlm bentuk yg berlainan.. subhanallah.. selamat hari raya :)
ReplyDeleteinsaf..
ReplyDeletekadang2 kita tak sedar hidup kt ni cukup mewah....
harap2 kejadian yang serupa tidak berlaku lagi pada masa ini.
ReplyDeletesedih baca citer ni..
ReplyDeleteterharu rasanya...moga2 anak muridku tiada yg sebegini.
such a touching story to read, thank u for sharing :)
ReplyDeletesedih cite ni,
ReplyDeletesesusah kita ada lagi orang susah..