Monday, August 24, 2009
YUSRI BUAT KONAR BARING PLAK DAH...
Kes Yusri ( Ex-Partner Rohaizat ): Kalau takut menanggung risiko, usah bicara soal perjuangan.
BARU beberapa hari membuat pendedahan bagi maksud membela dirinya yang telah dikambinghitamkan Umno (Click DISINI untuk menonton pendedahan yusri sebelum ini), Yusri telah membuat konar baring 85 darjah.
Banyak juga pentas PAS dan Pakatan Rakyat yang Yusri jejaki untuk memberi gambaran dan cerita sebenar mengenai kes pembatalan sijil guaman calon BN, Rohaizat Othman. Rakyat juga yang mendapat untungnya kerana dengan pendedahan tersebut mereka kini tahu watak sebenar calon BN itu.
Tapi itulah, hanya pejuang kental yang akan bicara soal perjuangan. Dan Yusri bukan dari kalangan orang sebegitu (pejuang). Entah kenapa, tiba-tiba Yusri membuat Sidang Akhbar Kedua yang mendakwa beliau dipergunakan oleh parti tertentu, dan beliau tidak sanggup lagi melihat serangan berbentuk peribadi yang bertubi-tubi ke atas Rohaizat ekoran pendedahan yang dibuatnya.
Kita perlu faham di mana duduk perkara. Satunya, Yusri pada mulanya ikhlas memperjuangkan maruah diri, keluarga dan nama baiknya. Tetapi entah mengapa tiba-tiba berubah hati. Mungkinkah beliau mendapat tekanan dari pihak-pihak tertentu?
Keduanya, mengapa Sidang Media Kedua itu dibuat di Kuala Lumpur, tidak di Permatang Pasir seperti sebelum ini? Adakah sidang media tersebut telah diatur oleh orang-orang tertentu.
Cuba kita perhatikan kes-kes sebelum ini, Adun Behrang dan Changkat Jering dari PKR yang melompat parti melakukan sidang media di Kuala Lumpur, bukan di Perak, Exco PKR Kedah yang juga Adun Lunas yang mengumumkan diri sebagai Adun Bebas setelah bertindak keluar PKR juga membuat Sidang Media mengejut di Kuala Lumpur, tidak di Kedah, mahupun di Lunas sendiri.
Siapa yang menjadi 'mastermind' dalam mengatur segala percaturan ini?
Ketiganya, semua telah dimaklumkan sebelum ini bahawa Yusri adalah AHLI UMNO. Sudah tentu beliau mendapat tekanan dari pucuk pimpinan parti, walaupun beliau bukanlah ahli yang aktif.
Keempatnya, walaupun Rohaizat terlibat secara langsung dengan penyelewengan RM161 ribu itu, tetapi Yusri juga tidak akan terlepas begitu saja. Sudah tentu atau mungkin wujud 'ugutan' dari pihak tertentu yang akan membuat siasatan ke atas Yusri berkenaan kes tersebut.
Apapun alasan yang diberikan, kita kembali kepada perkara asal, yang pokok iaitu 'kalau takut menangggung risiko, usah bicara soal perjuangan'.
Perjuangan bukan milik mereka yang penakut. Perjuangan juga bukan pakaian bagi mereka yang oportunist.
Posted by PEMUDA PAS KEMAHANG
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
6 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
Tak berani nak kata.. klau x betul2 kuat iman, selepok duit 20 juta jatuh depan mata mau xnya terus konar baring.. tu x kira kena ugut anak bini nak kena bunuh lagi tu... ermmmm... politik malaysia yg begitu jijik...!!!!
ReplyDeletemasyaallah ..kat malaysia nie kan ker bahaya jika nak buat kenyataan yg burukkann parti ubn haprak nie.tkt2 dia pun hlg mcm gobalakrishnan ler tue..diorg bolh gn aper cara pun utk selamatkan diri yg sdg kelemasan tp allah maha berkuasa kelak akn tau gak siapa umno sebenarnya..
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteAlhamdullilah
Lobang pecah kita kasi tutup lah, takkan mau summe orang masuk dalam.
ReplyDeleteBuat Yusri, andai anda berkata benar Alhamdulillah, jika tidak anda telah mewarisi sifat orang munafik. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua.
biasa duduk dengan putar alam..putaq-putaq ni biasa la...bila dah kena ugut..
ReplyDeletesema habih diputaq...
Yusri eh!! mungkin insaf, mungkin diugut, mungkin dan mungkin.. kita tak tau ape sebenarnya berlaku pada Yusri.. so, leave it as it is..
ReplyDelete