Bismillahirahmannirahim..
Jangan Terpedaya Tawaran Pinjaman Nak Raya!
Ramadhan datang membawa pelbagai berita gembira bagi orang yang mendambakan ganjaran ALLAH subhanahu wata’ala. Di dalamnya, pahala berganda-ganda dijanjikan ALLAH kepada kita semua.
Namun, dalam keghairahan sebahagian manusia dgn kedatangan Ramadhan, ada juga sebahagian kita yang sudah berasa ghairah dengan HARI RAYA! Sudah dirancang baju apa nak pakai, temanya warna apa, perabot baru sudah dijeling, langsir baru sudah dikira-kira, kuih dan biskut raya sudah bersepah dengan sample2nya dan berbagai lagi. Dahsyatnya!
Dengan keghairahan seumpama ini, datanglah manusia-manusia yang ingin mengambil kesempatan menawarkan peluang pinjaman. Pamplet2 pinjaman dari ALONG, koperasi dan bank2 mula beredar di sana sini. Saya sangat risau dengan situasi ini. Kebanyakan kita ummat ISLAM sering menjadi mangsa atas tindakan kita sendiri. Tamak, jahil dan terburu-buru telah menjerumuskan kita ke lembah kemusnahan..
Disebabkan nak beraya sakan, disebabkan taknak mengalah dengan orang lain, disebabkan nak tunjuk kehebatan masing-masing, disebabkan takut orang kata…ramai di kalangan kita yang sanggup buat pinjaman beli itu dan ini. Boleh nak beraya, boleh nak bergembira, boleh nak enjoy pada hari raya. Silakan! Tapi, biarlah itu semua di dalam lingkungan kemampuan kita.
Tak perlulah kita nak ikutkan sangat orang lain. Ukurlah dompet kita sendiri. Saya sendiri dah 3 tahun tak tukar langsir, sofa dah 5 tahun diulang basuh sarungnya, baju Melayu yang terkini dibuat masa adik perempuan saya kahwin setahun lepas (masih OK), itupun jenuh dipujuk mak saya suruh buat baju Melayu supaya sama warna masa majlis perkahwinan adik perempuan saya. Kalau tidak memadailah baju Melayu yang 4 tahun lepas punya.
Pokoknya, bergembiralah pada hari raya nanti. Tapi jangan sampai meminjam disebabkan oleh sikap2 yang tidak menguntungkan yang saya sebutkan di atas. Tak berkurang kegembiraan kalau tidak membeli benda-benda baru. Kegembiraan tetap berlaku. Dan ia berlaku dan berlalu. Yang peritnya, jika kalian meminjam, sukanya sekejap, gembiranya seketika, tapi terpaksa bersusah payah nak langsaikan hutang tu.
OK, elakkan dari meminjam ye! Tahanlah diri dari meminjam. Pihak bank, koperasi dan ALONG memang pandai menggunakan masa ini sebagai sebab utk kalian pinjam. Mereka tahu nafsu kalian mesti dipenuhi. Dan ia akan dipenuhi jika kalian MEMINJAM…!!!
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.