Bismillahirahmannirahim..
Wajarkah SPRM hentikan siasatan politik?
MEMETIK laporan media, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdull telah mencadangkan dihentikan sementara ‘siasatan politik’ berkuat kuasa serta merta. Alasan yang diberikan bagi tindakan ini ialah kerana SPRM telah menerima kecaman akibat menjalankan siasatan ke atas apa yang disifatkan sebagai siasatan politik tersebut.
Sebagai rakyat biasa, saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan siasatan politik. Setahu saya, SPRM ditubuhkan dengan objektif yang jelas iaitu untuk menghapuskan perlakuan rasuah atau setidak-tidaknya pun mengurangkan perbuatan keji tersebut.
Dengan menghentikan siasatan ke atas perkara-perkara tertentu bererti SPRM telah secara langsung menunjukkan sikap penyiasatan terpilih. Ini boleh ditafsirkan sebagai mengamalkan dasar double standard.
Kita semua faham bahawa SPRM menghadapi banyak tekanan di dalam menjalankan tugas. Tetapi ia bukan bererti bahawa SPRM mesti tunduk.
Ini kerana tanggungjawab yang diamanahkan lebih besar daripada tekanan yang dihadapi oleh SPRM. Sepatutnya Datuk Shukri Abdull memikirkan apa yang wajar dilakukan jika beliau sudah tidak mampu menghadapi tekanan yang beliau hadapi.Menghentikan siasatan terhadap ahli politik atau campur tangan politik bererti memberi ‘lesen’ kepada pengamal rasuah untuk bermaharajalela.
Dengan taraf Suruhanjaya, SPRM adalah merupakan satu organisasi bebas dan tidak dipengaruhi dalam membuat sesuatu penyiasatan. Jangan pula nanti SPRM dilihat sebagai ‘hanya berani’ mengambil tindakan ke atas ‘ikan bilis’ dan membiarkan ‘jerung’ berbuat sesuka hati.
Malaysia ada undang-undang yang jelas dalam soal yang ada hubungkait antara satu sama lain. Contohnya menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas adalah merupakan perlanggaran undang-undang. Tidak kiralah orang awam atau orang politik. Kenapa kita terlalu ‘liat’ untuk menguatkuasa undang-undang yang telah ada?
Adakah seorang ahli politik terletak di atas undang-undang yang memberi mereka imuniti untuk tidak didakwa?Jika SPRM mengamalkan sikap berpilih di dalam penyiasatannya, percayalah rasuah akan terus berkembang dan SPRM sendiri akan hilang kredibiliti di mata rakyat.SPRM seharusnya bertindak lebih berani dan tidak tunduk dengan sebarang tekanan, terutama tekanan politik, tidak kira dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang.
SPRM memerlukan pegawai-pegawai yang berani, berdedikasi, tegas, berintegriti. Mereka yang merasakan tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas eloklah meletakkan jawatan.
Sungai Buluh
Selangor
KedahLaNie
BS: Satu kenyataan bodoh yg dikeluarkan oleh seorang yg bertaraf PENGARAH.. hahahaha.. mcm ni punya bodoh pun boleh jadi pengarah.. malaysiaku yg best...!!! hahahha...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.