Wednesday, July 1, 2009

Pondan Terkejut Pelanggan Mati




ANGKAT...anggota polis membawa mayat warga emas
yang mati mengejut di rumah kedai di Jalan Tun
Ismail, Kuantan, semalam.

KUANTAN: Kelu lidah seorang pondan apabila pelanggannya, seorang warga emas pengsan secara tiba-tiba ketika mereka berada dalam bilik sewa sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, petang kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 78 tahun dari Kubang Buaya ditemui mati di tempat kejadian dengan masih lengkap berpakaian.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang baru tiba di bilik sewa berkenaan berbaring di atas katil sambil memegang dadanya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan keadaan mangsa, pondan berusia 31 tahun itu menghubungi rakannya meminta bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis dan ambulans.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak mengesyaki kematian mangsa akibat perbuatan jenayah berikutan tiada kesan cedera atau lebam pada badan mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum doktor mengesahkan punca kematian akibat serangan sakit jantung.

“Jenazah mangsa dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.