Salam,
Malam semalam TV3 telah siarkan ETIKA EMAS BERNIAGA SECARA HARAM, kemudian di nafikan oleh Presiden ETIKA EMAS Saudara AMIN SUFIAN juga di TV3 demikian juga dalam dada-dada akhbar dalam negara kita
APAKAH TUDUHAN ?
Tuduhan mungkin juga ETIKA EMAS ini di syaki mengambil wang dari pembeli emas secara tidak sah atau ETIKA EMAS mengembangkan perniagaannya hasil dari sumber haram ? atau wang panas dan sebagainya
Bank Negara telah menjalankan tugasnya atas arahan ? Dan mereka menyerbu juga mungkin atas arahan, apa yang kita tahu dari TV3 ialah kerana ada aduan dari orang tertentu ,apa tujuan ? Inipun kita tak tahu, yang jelas ETIKA EMAS sebuah syarikat orang melayu yang beragama islam yang banyak membuat kerja amal dengan aktiviti derma kepada yang memerlukan termasuk golonganyang tidak bernasib baik
ETIKA EMAS beroperasi atas pengetahuan Bank Negara sendiri dan ETIKA EMAS juga berniaga dengan bermula hanya dengan 100 gram emas dan ketika mana memulakan perniagaan itu juga mereka bersarapan pagi, tengah hari,malam hanya dengan merendan mee maggi di dalam air sejok, demikian perjuangan ETIKA EMAS ini, dengan do'a restu yang sangat banyak maka ETIKA di kurniakan Allah dengan rezeki yang lebih, rezeki itu pula di salurkan pula kepada yang memerlukan, salahkah ?
ETIKA EMAS bertujuan hendak menolong orang melayu dan islam dan telah di laksanakan dengan tersangat prihatin sekali, ETIKA EMAS mahu melihat orang melayu Islam hidup sebagaimana bangsa yang maju hidup, tiada satupun mereka melanggar apa-apa akta yang di tetapkan oleh kerajaan dan jika ada buktikan ! apa yang di takuti ialah serbuan Bank Negara ini memungkinkan mereka mahu melihat MELAYU ISLAM AKAN HILANG DAN PAPA KENDANA DARI BUMINYA SENDIRI
Perbuatan Bank Negara menyerbu dengan cara yang mengejutkan rasanya kurang bijak kerana mereka sepatutnya mengintip dulu apa yang ETIKA EMAS buat bukan dengan cara gurilla, apa yang pasti ialah ETIKA EMAS sudah merasakan kerugia yang terlalu banyak dan besar, tindakan Bank Negara juga sudah melumpuhkan ETIKA EMAS, ertinya membunuh karier syarikat orang melayu yang beragama islam, TERIMA KASIH BANK NEGARA dan terima kasih juga kepada SEMUA YANG BERKAIT DENGAN BANK NEGARA
DI BAHU BANK NEGARA SEKARANG RAMAI YANG HIDUP TANPA PENDAPATAN
Bayangkan hasil dari serbuan ini, semua masyarakat sudah memandang serong dengan syarikat yang sudah dan akan membuat jasa kepada yang memerlukan, ETIKA EMAS sudah di hina bagaikan bertempat di longkang yang busuk, siapa yang harus menjernihkan balik ETIKA EMAS ini ? Tidak lain melainkan Bank Negara, ushakanlah jika kamu benar-benar mahu menolong orang melayu yang beragama islam
ETIKA EMAS tiada masalah jika Bank Negara mahu menyiasat dengan cara yang baik dan aman, ETIKA EMAS sedia bekerjasama walaupun bangun pada tengah malam yang buta akan tetapi mengapa kamu lakukan secara yang hendak membunuh syarikat ini ? INGATLAH !!! yang kamu lakukan ini adalah mereka yang terdiri dari bangsa kamu dan seagama dengan kamu, Apakah kamu tiada mempunyai perasaan !
karangan ~PakKaramu~
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.