Bismillahirrahmanir rahiim
Assalamualaikum wR wB
MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH!!!
Allah swt sangat menyukai hamba-hamba yang bertakwa atau boleh dikatakan mereka yang bertakwa sangat dicintai oleh Allah swt. Seluruh kaum muslimin itu dapat serta mampu untuk menjadi seorang bertakwa, karena semua mereka bisa memang berkemampuan untuk melaksanakan perintah-Nya menurut kemampuan masing-masing dan setiap individu dari umat ini juga berkemampuan untuk meninggalkan segala bentuk maksiat terhadap-Nya. Orang-orang yang sentiasa menjalankan perintah Allah swt dan sentiasa meninggalkan larangan-Nya, mereka itulah yang dikategorikan kepada golongan orang-orang yang bertakwa.
Keutamaan-keutamaan bertakwa dapat saya “rangkumkan” seperti berikut :
Pertama :
Allah swt memberikan kejayaan bagi orang-orang yang bertakwa (Q.S. al-Baqarah : 189, Ali Imran : 130,200, Yusuf : 90)
Kedua : Allah swt sentiasa menyertai orang-orang yang bertakwa (Q.S. al-Baqarah : 194)
Ketiga : Allah swt melindungi orang-orang yang bertakwa dari azabNya (Q.S. al-Barah : 196)
Keempat : Allah swt akan memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka yang bertakwa (Q.S. al-Baqarah : 282)
Kelima : Allah swt akan merahmati orang-orang yang bertakwa (Q.S. al-Hujurat : 10)
Keenam : Allah swt mengampunkan dosa-dosa orang yang bertakwa dan akan dibesarkan ganjaran amalannya (Q.S. al-Hujurat : 12, al-Thalaq : 5)
Ketujuh : Allah swt akan mengokohkan kedudukan orang-orang yang bertakwa (Q.S. al-Taubah : 109)
Kelapan : Allah swt akan memberikan jalan keluar dari setiap kesulitan bagi orang-orang yang bertakwa (Q.S. al-Thalaq : 2)
Kesembilan : Allah swt memberikan rezeki dari tempat yang tak terduga kepada orang-orang yang bertakwa (Q.S. al-Thalaq : 3)
Kesepuluh : Allah swt akan memudahkan setiap urusan orang-orang yang bertakwa (Q.S. al-Thalaq : 4)
Kesebelas : Takwa merupakan sebaik-baik perbekalan (Q.S. al-Baqarah : 197)
Kedua belas : Takwa merupakan sebaik-baik pakaian (Q.S. al-A’raf : 26)
Ketiga belas : Ketakwaan dapat mencapai ridha Allah swt (Q.S. al-Haj : 37)
Maka marilah kita berdoa dengan doa berikut
اللهم الجعلنا من المتقين
Yang bermaksud :
“Wahai Allah, jadikanlah kami termasuk kedalam golongan hamba-hamba yang bertakwa”. amiiin
Semoga bermanfaat
Wassalamualaikum wR wB
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.