Hampir 8 bulan berlalu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap sebelas anggota polis yang dituduh membunuh Kugan Ananthan sewaktu dalam tahanan mereka di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.Kugan ditahan pada 15 Januari tahun ini selepas disyaki terbabit dalam sindiket mencuri kereta, dan ditemui mati dalam tahanan polis lima hari kemudian. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan laporan bedah siasat pertama, kematian Kugan berpunca dari paru-paru berair, namun penelitian ahli keluarga mangsa dan media mendapati terdapatnya kesan cedera dan luka pada tubuh mangsa.
Laporan bedah siasat kedua di Pusat Rawatan Universiti Malaya menunjukkan Kugan mengalami kecederaan buah pinggang, pendarahan dalaman pada jantung, paru-paru, leher dan tapak kaki, serta 10 kesan lecuran pada tubuh yang menurut peguam N Surendran konsisten dengan tanda penderaan.
Namun belum sempat laporan bedah siasat kedua diselesaikan, polis bertindak menyerbu PRUM dan merampas sampel tubuh Kugan. Keluarga mangsa kini di mahkamah bagi menuntut kerajaan supaya memulangkan sampel itu untuk diteruskan kajian keatasnya. Kerajaan bagaimanapun enggan.
"Mahkamah Tinggi telah mendengar bantahan awal dari Timbalan Pendakwaraya yang menbantah permohonan ibu Kugan supaya sampel dapat dipulangkan untuk di bedah siasat. Polis telah merampas sampel tubuh mangsa meskipun sedar bahawa laporan bedah siasat belum selesai dan doktor masih menjalakan ujian toksik keatas sampel terbabit. Keluarga mangsa mahu sampel ini dipulangkan untuk mengetahui punca kematian Kugan," kata peguam N Surendran.
"Malang sekali apabila Pejabat Peguam Negara membantah permohonan ini atas dasar teknikal. Bantahan ini dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang sehingga ke hari ini tidak mendakwa mana-mana pembunuh mangsa," tegas Surendran.
Mahkamah akan membuat keputusan keatas bantahan Peguam Negara pada 4 Ogos nanti. Sekiranya bantahan kerajaan diterima, permohonan keluarga Kugan supaya bedah siasat dapat disambung semula sekiranya sampel dipulangkan akan ditolak.
Sekiranya bantahan kerajaan ditolak, peguam akan meminta mahkamah menentukan apakah rampasan sampel tubuh Kugan ini sah di sisi undang-undang atau tidak sah. Posted by byPASs
BS: Perghhh... best la polis kat malaysia ni.. mahkamah pun x kurang bestnya.. Mati dalam tahanan boleh plak x jadi apa2 kes.. hehehe.. jatuh dari atas bangunan pun mati mengejut katanya.. wakaka.. lawak.. lawak polis dan badan kehakiman kat malaysia nih.. mati hidup balik la jawabnya pelabur takut nak masuk malaysia.. apa jamanan untuk keselamatan mereka ? kes siti aminah kena c4 pun senyap mcm tu jerr.. terasa plak manusia2 yg pegang undang2 kat malaysia ni semuanya macam tolol dan dungu.. Dunia sedang memandang melaysia sedang ditadbir oleh org2 bodoh..
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.