Friday, July 3, 2009

Cekup isteri curang

Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com. my


KUALA LUMPUR: Rahsia seorang wanita sering pulang lewat atau tidak pulang langsung ke rumah terjawab apabila intipan dilakukan suaminya mendapati isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, berhampiran pusat perniagaan Putra Bandar Menjalara, di sini, si suami yang berusia 30-an keluar mencari isterinya berikutan tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja hanya separuh hari.

Menurut sumber, si suami bersama dua anak dikatakan terserempak isterinya sedang bermesra dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat letak kereta dan mula mengintip gelagat mereka selama beberapa minit.

“Tidak tahan melihat gelagat intim isterinya, si suami

memukulnya menggunakan besi pengunci kereta.

“Ini menyebabkan berlaku pergelutan antara si suami dengan kekasih isterinya menyebabkan si suami cedera sebelum dia meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, si suami sering menasihati isterinya agar tidak menjalinkan hubungan dengan kekasihnya berikutan lelaki itu juga sudah berkeluarga.

Perasaan curiga si suami itu mula timbul selepas terbaca mesej ‘ayat cinta’ dipercayai dikirim kekasih isterinya itu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya.

Bagaimanapun, ia dinafikan dengan alasan tersalah hantar.

Berikutan kejadian itu, si suami membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini
--

1 comment:

  1. Mesti ada yang tak kena dalam hubungan diaorang nie..kena semak balik niat perkahwinan dulu tu, sbnrnya niat kawin untuk apa ? Banyak pasangan yg gagal muhasabah diri dan mendalami ilmu agama sepenuhnya dan inilah mungkin antara akibatnya...Suami pun awas jgn kerap2 tinggalkan isteri anda terlalu lama sbgmana pesanan Rasulullah kpd sahabat2nya dulu ketika hendak keluar berjihad...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.