Friday, July 10, 2009

Anakku Akan Menanggis Memakiku

Jika dia tahu PPSMI masih diteruskan sehingga hujung tahun 2011, iaitu dua setengan tahun lagi, pasti dia akan memakiku, mungkin bukan sekarang,
tetapi 15 tahun lagi. Sekarang dia berumur enam tahun, dan akan memulakan persekolahannya tahun 2010. Ketika itu dia akan "penat" bersama gurunya dengan
PPSMI yang akan diteruskan selama dua tahun persekolahannya. ...

Pendekatan PPSMI di ketahui telah menjadikan generasi kakak dan abangnya,
mangsa dalam perjalanan mereka mendapat ilmu . Maaf ini bukanlah
khayalan yang saya dakwa bersumber dari pejuang bahasa atau pembangkang,
tetapi laporan dari Timbalan PM sendiri yang tulis dalam Berita Harian hari ini
Khamis, 09 Julai 2009, 16 Rejab 1430.

Dari Berita Harian 9 / 7 / 2009
Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and
Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam
subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007.

Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid
Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007.

( Tiada olahan dibuat )

Walaupun laporan itu masih boleh dipertikai kesahihannya (sebelum diterbitkan pada
umum, angkanya mungkin lebih besar lagi), namun kemerosotan tahap kedudukan
subjek sains dan matematik sangat membimbangkan. Berapa bulan lagi kita mesti menunggu untuk berada dalam perahu yang sedang karam ?

Bayangkan anak saya yang sekarang berumur enam tahun, akan menjalani
pendekatan pelajaran yang terbukti menemui

kegagalan dalam tahun-tahun awal pendidikannya. Tahun depan darjah satu, dan akan bersamanya (PPSMI)
sehingga darjah dua, tahun yang cukup penting. Tahun inilah yang akan banyak mempengaruhi persepsi dan tanggapannya terhadap sains dan matematik.

Minat dan kecenderungannya murid, begitu juga guru-guru akan banyak dipegaruhi
dengan pencapaian ditahap ini. Lima belas tahun akan datang kesukarannya di alam pekerjaan atau jika berjaya ke IPT, memungkinkan dia memaki ku...

Jika saya bersama kalian membiarkan PPSMI berterusan sehingga 2012 .

Jika perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan dalam masa 6 bulan, selepas
Tun Mahadir menangis di khalayak ramai (bersama Rafidah dan Azalina), tahun
2003, mengapa pula pemansuhan pendekatan yang terbukti merugikan menggambil masa yang sangat lama untuk dikuburkan ?

Apakah anda juga akan dimaki oleh anak-anak anda sepuluh tahun lagi ?

Tunggulah !!

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.