Tuesday, June 2, 2009

TAPI BANYAK LAGI YG X RUNTUH.



Abdul Rahim Sabri | Jun 2, 09 11:03am
Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

stadium sultan mizan gong badak 020609Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.
(cf-malasiakini)


BS: Malaysia ni walau xder gempa bumi tapi bangunannya selalu jer runtuh.. korang heran x? aku x heran pun.. runtuhnya setiap bangunan tu semua menunjukkan runtuhnya akhlak mereka2 yg memegang kuasa. Yang ada kuasa senyum jer sbb dapat habuan. Guna bahan yg low quality tp claim grade A punya. X boleh lulus jolok sana jolok sini. Tak payah dok sembang laa, aku lama dalam contraction ni. So akibatnya semuanya runtuh. Yang x runtuhnya , minyak, tol, barang2 keperluan dan semuanya la selain bangunan..

4 comments:

  1. ofis saye dekat je ngan stadium 2..hari2 kne ngadap stadium tu sebelum g keje..sebelum ni bumbung 2 memang nampak bengkok..

    ReplyDelete
  2. lorrrr.. yer ke dik... adik x apa2 ker..? ok ker..? selamat dari terkena runtuhan tu ke..? ni yg abg risau ni...

    ReplyDelete
  3. nasib baik bukan waktu keramaian. kalau tidak sudah tentu banyak jiwa yang melayang. haraplah lain kali kalau guna kontrektor tu yang ada pengalaman.

    ReplyDelete
  4. Salam seri.. bukan masalah kontraktor tp masalah rasuah.. klau yg sepatutnya x lulus tp kerana rasuah semuanya boleh lulus tu yg tuntuh semua tu..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.