Sunday, June 14, 2009

Resepi: Ayam Bakar Berempah




BAHAN A:
500 gm peha ayam
8 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
Gula dan garam

BAHAN KISAR:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kayu manis
1 sudu kecil ada hitam
1 sudu kecil ketumbar
2 kuntum bunga lawang

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan A (kecuali ayam) dan ambil jusnya. Kemudian perapkan bersama ayam. Bubuhkan sekali gula dan garam.
2. Setelah itu, gaulkan pula bahan B dan perap selama sejam.
3. Bakar dengan suhu 180o selsius selama 30 minit.

sebutir kata:
Belum cuba lagi pun.. member antaq melalui email kemarin.. :)
Posted by Ros

BS: Perghhh.. sedapnya... xder sapa2 nak kirim kat aku ke... ?

1 comment:

  1. nak kirim??
    hohohohooh...
    better wat sendiri la..
    zaman skang neh jgn makan makanan dr orang yang tak kenal..bahaya sangat..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.