SHAH ALAM: Kelicikan Ketua Ajaran Sesat Haji Kahar (Rasul Melayu), melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa dikatakan ada kaitan dengan penampilan barunya.
Biarpun puluhan maklumat berkaitan lokasi `Rasul Melayu’ diterima, penjenayah syariah paling dikehendaki itu masih sukar dikesan.
Ganjaran RM10,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat juga gagal menjerat lelaki itu.
Pihak berkuasa masih tidak dapat menahannya meskipun pemantauan hampir 24 jam dibuat di lokasi yang dikenal pasti.
Kesukaran menjejak Abdul Khahar Ahmad Jalal atau Rasul Melayu yang kini dikatakan sudah merubah hampir 100 peratus penampilan diri, termasuk tidak lagi bermisai dan berjanggut, selain sentiasa berpakaian kemas dan berambut hitam.
| |
Beliau berkata, walaupun ada yang memberikan maklumat kononnya Khahar sudah melarikan diri ke negeri di utara, ia sukar diterima kerana ketua ajaran sesat itu tidak mempunyai `kaki’ di negeri berkenaan.
“Apa yang kami (Jais) kesan, kebanyakan pengikut ketua ajaran sesat itu menetap di Lembah Klang, berhampiran markasnya di Kampung Kemensah, Hulu Kelang yang sentiasa dipantau.
Kami percaya pengikutnya juga tinggal di kawasan elit di Hulu Klang termasuk di Bukit Antarabangsa,” katanya.
Ketua ajaran sesat itu menjadi penjenayah syariah paling dikehendaki di Selangor selepas tidak hadir di mahkamah syariah walaupun sudah 10 waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
Malah, lelaki lingkungan 50-an yang mengakui Rasul Melayu itu dilaporkan semakin berani menggunakan pengikutnya dengan mengedarkan surat terbuka di pejabat Jais, Mac lalu bagi menuntut lima pertuduhan terhadapnya digugurkan.
Shahrom yakin ketua ajaran sesat itu sudah menukar penampilan sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengesannya.
Menurutnya, lelaki yang mendakwa Rasul Melayu sudah mewarna rambutnya yang putih selain mengenakan pakaian kemas seperti seorang eksekutif atau pegawai besar.
Shahrom berkata, maklumat semakin kerap diterima apabila RM10,000 ditawarkan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat bagi menahan penjenayah terbabit.
Menurutnya, Jais memerlukan bantuan orang ramai bagi menahan penjenayah terbabit yang melarikan diri selepas didakwa di mahkamah, selain ingkar hadir di mahkamah walaupun waran tangkap sudah dikeluarkan. .
“Kita akan meneruskan siasatan dan buruan dengan mengambil kira maklumat dan siasatan dalaman yang dijalankan bagi memastikan penjenayah syariah yang paling dikehendaki itu ditahan.
“Jais percaya beberapa langkah sudah dilakukan bagi mengesan lelaki terbabit termasuk mengambil kira maklumat terkini yang diperolehi daripada rakan karib dan teman rapat yang sudah bertaubat,” katanya.
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi)
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.