Friday, June 26, 2009

Pahala Berterusan


Assalamualaikum Wr Wb

Bismillahirrohmaani rrohiim


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


1. Barangsiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.


2. Barangsiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.


3. Barangsiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.


4. Orang yang menggali sumur selagi ada orang yang menggunakannya.


5. Barangsiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung (hewan).


6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.


7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya


8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


Semoga dapat kita jadikan sebagai renungan dan semoga kita dapat melaksanakan serta termasuk hamba Alloh yang beruntung, selamat dunia dan akhirat.


2 comments:

  1. Insyaallah, akan diamalkan... Terima kasih untuk posting ini. Bersama2lah kita berpesan2 kepada kebaikan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kembali frodo... insyaAllah.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.