Tuesday, June 30, 2009
Keutamaan Sedekah
Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk ( merendah ) kerana Allah swt melainkan Allah swt menaikkan darjatnya. ( Abu Hurairah r.anhu )
Hadith Nabi Saw :
Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut ( kikir ) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka. ( Aishah r.anha )
Sedekah mengandungi 10 kebaikan .
Kebaikan di dunia.
1.Membersihkan harta kekayaan.
2.Membersihkan badan dari dosa-dosa.
3.Menolak bala dan penyakit.
4.Menyenangkan hati orang miskin.
5.Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki.
Kebaikan di Akhirat.
1.Sedekah itu menjadi naungan baginya
2.Sedekah meringankan hisab amalnya
3.Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4.Memudahkan melintasi sirat.
5.Bertambah darjat di syurga
Barangsiapa yang menolak 5 pekara, maka Allah akan menolak 5 pekara daripadanya
1.Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
2.Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
3.Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya
4.Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya.
5.Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak dari kalimah syahadah ketika matinya.
( Tanbihul Ghafilin )
2 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
Salam Dik,
ReplyDeleteErkk..nak minta sedekah sikit boleh ? hehehe..
boleh kak.. tp sedekah duit xder laa.. maklum la bujang susah.. sedekah senyuman jer la nampaknya... hehehehe janji ikhlas... hehehe
ReplyDelete