Saturday, October 3, 2009

DADDY SEX TU APE!!!!!

Bismillahirahmanirahim...


Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....





NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :........... . ......... ........ ....


BS: Wakakakakaka... Kuang hajo betul... sakit perut aku..


6 comments:

  1. maka daddynya nya pun terkial2lah nak tulis jawapn tue dan ketawa sendiri..hehe =)

    ReplyDelete
  2. da pnh bc cite neh dlu hehe...
    sbb 2 kne bsyukur..
    indahnye bhasa melayu..
    tiada perkataan sama utk 2 mende..
    cth: perang.. ejaan juz sm tp bunyik len.. nape musti agungkn bhasa penjajah??

    -->bajet emo jew hahak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    First time baca,memang lawak.Pengajaran yang saya rasa dapat diambil dari cerita lawak ni ialah:

    1)Selidik dulu mengapa anak kita tanya soalan yang pelik-pelik.Taklah nanti kita jawab soalan yang lain dari yang sepatutnya.

    2)Sayangilah dan agungkanlah bahasa kita.

    Ada tambahan,kongsikanlah yer.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ye ye je si bapak.. hahaha.. lawak!

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.