KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kerana mengajak orang ramai pakai baju hitam esok, jurucakap Bersih, Wong Chin Huat (gambar paling kiri) ditangkap di bawah Akta Hasutan.Siasah difaham, Wong akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan tahanan reman oleh polis.
Wong ditahan malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa Kuala Lumpur dan dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk siasatan.
Namun selepas tengah malam, dia telah dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Pagi semalam, Wong bersama rakan Bersihnya mengadakan sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur meminta orang ramai memakai baju hitam 7 Mei esok dengan menamakannya sebagai 'IBlackMalaysia'.
Ia adalah sempena persidangan Dun Perak esok yang antara agendanya adalah memecat Speaker Dun Perak, V Sivakumar.
(CF - Siasah)
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.