Tuesday, May 26, 2009

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?



Mohd Sabri Said
Tue | May 26, 09 | 10:59:11 am MYT

PENANTI, 26 Mei (Hrkh)-Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.

Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.

Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN. - azm _

1 comment:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.