Monday, May 25, 2009

PKR KENA JAWAB...

Aminah dedah bukti PKR sogok
Wong Teck Chi | May 25, 09 11:01am
Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

aminah abdullah penanti by election cd dvd vcd proof pc 250509 01Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menggunakan slogan "Ke Arah Keadilan Sebenar", Aminah bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin PKR tersebut.

Beliau juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

Mansor akan dilantik kepada jawatan nombor dua kerajaan itu bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut dan ADUN Penanti bulan lalu.

Aminah, yang berlambangkan kunci, mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.

aminah abdullah penanti by election cd dvd vcd proof pc 250509 02Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.

Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.

Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua semalam menafikan parti itu cuba menyogok Aminah dan mencabar calon itu agar membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPR.

Hari ini, Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan menghantar segera surat peguamnya kepada Aminah agar menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf.

Baca berita penuh


BS: Kak Min ni.. nak buat publisiti murahan ke? Kalau Betul report jer la kat SPR dan SPRM. Bukannya susah pun kan.. apa nak kecoh.. baru la boleh kita lihat siapa yg kena... Aku x kisah.. klau betul PKR@PR buat benda tu semua, sendiri makan pengat sendiri mau igt laa.. Tp klau x betul Kak min pun kena tanggung dunia akhirat laa kan.. so untuk kak min.. report jer laa.. jangan tunggu2 lagi..

1 comment:

  1. Alaaa.. dah dgr dah pun.. klau setakat rakaman audio mcm tu aku pun boleh buat kak min.. kak min ni berpolitik cara lama laa.. zaman2 org guna atur mobile dulu. Wakakakaka... pandainya kak min buat lawak tolol.. siapa yg ajar kak min ni? si najib tu ke yg ajar.. kak min dgn najib sama jer bodohnya.. klau setakat rakaman audio aku pun boleh buat rakaman kak min tgh berasmara dgn zamry kudeta atau samy "belo" (bodoh bahasa org melaka) tu... hehehehe

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.