Saturday, May 2, 2009

Patut Le Batang Ai BN boleh menang...

LUBOK ANTU, 4 April (SK) : Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) melaporkan bahawa beberapa ‘Rumah Tuai’ (ketua rumah panjang) telah dicolek dan dibawa ke Hotel Hilton bertaraf lima bintang di Batang Ai dan diberi layanan istimewa serta wang saku sebanyak RM1,000 seorang.

Separuh dari mereka memilih percutian berbayar ke bandaraya Kuching untuk bersiar-siar dan bersantai di sana.

“Dalam permerhatin kami, ini dilihat seperti merasuah dan politik wang oleh kerajaan Barisan Nasional telah menular Dun N29 Batang Ai ini,” kata seorang pemerhati kepada laman blog The Broken Shield hari ini.

“Seperti yang kami jangkakan, menteri BN tanpa segan silu menghamburkan ‘projek mee segera’ kepada hampir 121 rumah panjang di Batang Ai ini. Apa yang kami dapat katakan ini adalah satu rasuah terang-terangan oleh menteri BN,” jelas pemerhati tersebut.

Menurut pemerhati tersebut, mafrel mempunyai banyak bukti untuk mengukuhkan dakwaan ini, terpulang kepada pihak ibupejabat untuk mengumumkan perlakuan rasuah tersebut,” jelas beliau lagi.

Perkataan ‘Bersih, Telus dan Pilihanraya Bebas’ sudah tidak ujud lagi di Dun N29 Batang Ai ini.

“Kami berani menyatakan bahawa pilihanraya kecil Batang Ai kini sudah dicemari rasuah dan yang piling tidak adil dalam sejarah pilihanraya kecil di Malaysia,” tegas pemerhati Mafrel itu dengan nada kesal.

Sementara itu, hasil dari laporan unit pamantauan kami ini menyatakan bahawa kempen BN juga telah melanggar syarat akta kempen pilihanraya kecil dimana mereka telah memasang bendera BN di tempat-tempat yang di larang seperti di atas jambatan.

“Kami juga menerima banyak laporan bahawa penyokong Bn telah membuang dan manarik turun bendera KeADILan di pintu masuk beberapa rumah panjang,”jelas beliau.

Mafrel juga merakamkan ceramah menteri-menteri BN termasuk Alfred Jabu, Masing, Awang Tengah, Awang Asfia, Joseph Salang, Entulu, Gramong Juna dan lain-lain telah mengugut pengundi dengan ugutan untuk memberi tekanan kepada mereka yang tidak mengundi BN.

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.