Kali ini saya akan memperkenalkan salah satu software kegemaran saya iaitu Orbit Downloader. Orbit Downloader adalah revolusi kepada download manager/accelerator konvensional yang bertujuan untuk mempercepatkan dan meningkatkan kelajuan download dengan beberapa fungsi canggih seperti kebolehan untuk mendownload social media.
Kelebihan Orbit Downloader:
1) Meningkatkan kelajuan download ke tahap maksimum
2) Download social video dan muzik dari website Youtube, Imeem, Myspace dll
3) Download streaming audio/video/flash dll
4) Compatible dengan pelayar web terkini; Firefox 3, Internet Explorer 7, Opera 9.5
5) Download dari file hosting site seperti rapidshare, megaupload, sendspace dll dengan lebih pantas
Baca selanjutnya mengenai fungsi Orbit Downloader di sini : Orbit Features.
Download Orbit Downloader. Jika anda menggunakan Firefox, saya cadangkan anda menginstall juga add-on Flashgot.
Untuk bahagian pertama, saya akan memperkenalkan tips-tips untuk menggunakan dan configure setting Orbit Downloader untuk mengoptimumkan kelajuan download. Tips ini dibuat berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tidak dirujuk dimana-mana laman. Oleh itu sekiranya ada kesilapan atau percanggahan sila komen ya!
Berikut adalah beberapa tips untuk configure Orbit Downloader.
Tekan Tools > Preferences > Accelerate. Check semua boxes (rujuk gambar)

Dalam tools > preferences > others > Hack tcpip.sys : Saya cadangkan value 256 ke atas. Cth saya gunakan 512. Sila rujuk gambar.

Di dalam tools > preferences > Download/Connection > anda juga boleh set connection to original url kepada 10 (default 8).
Saya berharap panduan ini dapat membantu anda untuk mendownload dengan kelajuan maksimum. Berikut adalah screenshot kelajuan Orbit Downloader apabila mendownload file dari site Megaupload dengan line streamyx 1Mbps.
Bersambung di bahagian 2. Panduan download video youtube dan audio dari imeem dengan menggunakan orbit downloader.
(cf - jomphp)
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.