Thursday, May 21, 2009

Orang UMNO masuk UMNO di Kuala Kedah


oleh YB M. Nasir Mustafa

[pkoi.jpg]

Sinar Harian melaporkan 20 ahli Pas K Kedah sertai UMNO ! Saya pun terus hubungi PAS Cawangan di kawasan berkenaan untuk bertanyakan perkara tersebut. Mereka di cawangan itu menafikan ada ahli PAS yang menyertai UMNO dalam majlis yang diadakan di sebuah surau di situ. Saya masih tidak berpuas hati. Saya pun minta mereka rujuk gambar yang disiarkan Sinar Harian. Jawabannya serupa. Kata mereka mana ada ahli PAS dalam gambar yang disiarkan, yang sedang menyerahkan borang pun difahamkan pemegang jawatan yang dilantik UMNO. Walaupun banyak yang pakai pelikat dan kopiah putih semua tu ahli UMNO kata mereka.

Nampaknya masih seperti dulu. Orang UMNO masuk UMNO. Serupa juga dengan PRK di Penanti, tak nak masuk pilihanraya kononnya pilihanraya tu permainan PR. Sepatutnya inilah peluang untuk BN buktikan perjuangan mereka kepada rakyat. Pilhanraya medan untuk bawa agenda perjuangan. Ada pilihanraya masuklah, itu tempatnya untuk sebuah parti politik. Beri rakyat buat pilihan bukan bila ada peluang menang baru nak bertanding. Di Perak pun sama. Kenapa sanggup gadai masa depan rakyat, buatlah pilihanraya tak perlu biar krisis yang tidak berkesudahan itu berpanjangan.

Semuga benda-benda palsu dan murahan ini tidak terus diamalkan. (KedahLanie)

BUJANG SUSAH: Klau nak di ikutkan habis semua org PAS masuk UMNO dah.. semanjang mcm tu jer berita dia dari dulu kini dan selamanya... dah xder org PAS dalam Malaysia ni dah.. PAS ni tinggal nik aziz dan hadi awang jer la nampaknya... hehehehe.. pakcik2 ni semua plak selamber jer muka dia... dah xder kemaluan ker..?

1 comment:

  1. WAkakakkaka... tgk muka masing2 pun dah tau...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.