Monday, May 4, 2009

Kurangi risiko di Internet

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN Add comments
Golongan dewasa di seluruh dunia melayari Internet tiga jam sehari atau 89 jam sebulan berbanding kanak-kanak, kira-kira 39 jam sebulan.

Justeru, separuh orang dewasa mempunyai profil diri sendiri di laman web jaringan sosial dan mempunyai ramai kawan baru di alam maya.

"Situasi itu nyata berbeza kerana dahulu laman web hanya untuk syarikat korporat, bukan untuk tujuan peribadi," kata Ketua Perniagaan Norton Asia Selatan yang juga pakar keselamatan dalam talian Norton, Effendy Ibrahim.

Fakta berkenaan diperoleh daripada Laporan Keselamatan Kehidupan Dalam Talian Norton 2009 yang dilakukan dalam kalangan 9,000 orang dewasa dan kanak-kanak di 12 negara di seluruh dunia, baru-baru ini.

Beliau berkata, Internet kini menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat dan jika menggunakannya dengan betul, ia amat bermanfaat.

"Ramai tidak sedar mereka terdedah kepada pelbagai risiko seperti buli alam siber, penipuan, kecurian identiti dan kehilangan data," katanya.

Namun, katanya, pengguna Internet hari ini perlu berhati-hati ketika memuat turun sebarang fail daripada laman web kerana ia mungkin membawa bersama virus yang berbahaya.

"Jika anda menerima sebarang e-mel daripada orang yang tidak dikenali, jangan terus klik padanya.

"Amalan berkenaan perlu dilakukan ketika melakukan transaksi pembelian di Internet.

"Di Norton, kami menyediakan teknologi perisian terkini, Norton 360 Versi 3.0 keluaran Symantec yang bukan saja mampu melindungi serta membantu meningkatkan kepantasan komputer pengguna malah melindungi fail penting di dalamnya," katanya.

Menurutnya, meletakkan komputer di tengah ruang tamu juga bukan cara terbaik untuk ibu bapa dalam memastikan kegiatan anak ketika melayari Internet dapat dikawal dan diperhatikan.

Sebaiknya, ibu bapa perlu menggunakan kaedah Star iaitu menggunakan perisian terkini yang dapat melindungi anak, meluangkan masa berkongsi pendapat dengan mereka, mengambil berat risiko dan mengenakan beberapa peraturan tertentu ketika melayari Internet.

"Kanak-kanak hari ini semakin bijak, seiring dengan kemajuan teknologi semasa.

"Justeru, ibu bapa perlu mencari jalan terbaik memantau aktiviti mereka di alam siber ini bagi mengelak terbabit dalam kegiatan tidak sihat.

"Luangkan sedikit masa bersama mereka kerana dengan berbual, pelbagai perkara boleh difahami ibu bapa apa yang dilakukan anak mereka seharian," katanya.

- HARIAN METR

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.