Friday, May 29, 2009

KHAIRY JAMALUDDIN PENGHASUT ?



KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.

"Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

"Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," kata Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang menghubungi Harakahdaily.

**********

Kera Jantan Parti Gerombolan Rasuah dah mula bersuara, kalau Parti Gerombolan tak bertanding jadi tak payahlah nak menyibuk nak ceramah pelbagai dan bagi komen mengarut-ngarut. Bodoh punya puak Gerombolan ni… SPR pulak banggang lagi membanggangkan.

Entah apa lagi perancangan jahat puak parti haramjadah ni... dah la pada hari mengundi dibawanya lari pengundi dengan rombongan ke Padang Besar dan duit poket seorang RM100.00, lepas tu di hasutnya pula supaya jangan keluar mengundi... walau apa pun apa saja yang parti rasuah ni buat tiada tindakan undang-undang pada mereka, akta hasutan hanya berguna kepada pembangkang dan rakyat awam sahaja.

Isa: Undang-undang Malaysia adalah undang-undang Parti Rasuah.

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.