KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 tuduhan menerima rasuah berbentuk wang sebanyak RM210,012 dan kontrak selaku Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiga tahun lalu.Abd. Ghani Ismail, 43, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dalam dua kes berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin.
Mengikut pertuduhan, Ghani selaku ahli majlis merangkap Ahli Jawatan Kuasa Tender MPAJ didakwa menerima rasuah untuk dirinya berupa cek RHB bank bernilai RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob.
Rasuah itu sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Rimbun dan Taman Kencana di sini selain tender Pembersihan Kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 4 Ogos 2006 dan 31 Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam Jalan 5/76B dan di hadapan Blok E15 Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini.
Ghani turut menghadapi tuduhan rasuah berasingan selaku ahli majlis MPAJ dengan menerima kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh berkepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.