PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
"Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
"Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.
Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
"Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.
Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paad 25 Mei ini. - Bernama
BUJANG SUSAH: Hehehe.. apa la punyer turr ada tpm mcm ni.. Ada ker nak kurangkan subject... nak lagi senang seluruh malaysia ni buat satu mata pelajaran jer la lagi baik. pelajaran jasmani.. senang sikit nak bagi biasiswa.. aku pun x tau sampai bila malaysia ni nak dipimpin oleh org bodoh.. susah sgt ker nak beri biasiswa ni?
Masalahnya ialah sistem pemberian biasiswa. Untuk apa yang nak sekat pelajar nak ambil banyak subjek. Banyak lagi jalan penyelesaian lain. Sebagai contoh, berapa peratus pelajar dapat A dalam semua subjek dia ambil.
Sekolah asrama penuh 9 subjek diambil, 9 A = 100% A. akan dapat biasiswa.
kalau 9 subjek diambil, just dapat 5 A = 55.5% A. Tak layak dapat biasiswa.
Sekolah agama YIK 20 subjek diambil, 20 A = 100% A. akan dapat biasiswa.
kalau 20 subjek diambil, just dapat 10 A = 50% A. Tak dapat biasiswa.
Susah ke nak buat mcm tu? Sapa2 kat sini yg nak mengaku korang mempunyai seorang TPM yg bijak ni? aku memang lama dah x mengaku dah... hehehehe... malu.. malu... gara2 memilih pemimpin yg bebal... klau pandai pun setakat pandai bercakap dan pandai menipu jer... wakakakka... org umno ni terbahagi kepada dua... yg pertama begitu bodoh dan yg kedua begitu pandai.. penyokong kat bawah begitu bodoh.. pemimpin2 yg kat atas begitu pandai.... pandai menipu...!!!! klau xder penyokong2 bodoh ni umno akan hilang penyokong dan seterusnya hilang dari sejarah politik malaysia... so terpaksalah si pandai (pandai menipu) terus membodohkan si bodoh.. tu yg si pandai (pandai menipu) x bagi budak2 nak belajar ambil subject banyak2.. takut nanti dah xder org bodoh lagi kat malaysia ni....wakakakaka... layannnnnnnnnnnnn.....
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.