SHAH ALAM 11 Mei - Meskipun telah berlaku hubungan kelamin antara Jamal Abdillah dengan isterinya selepas dua hari menceraikan plaintif namun penyanyi itu mengesahkan bahawa beliau tiada niat sama sekali untuk rujuk kembali.
Ketika memberikan keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 47, selaku defendan memberitahu, beliau melafazkan cerai terhadap Fatimatuzahra Samad, 25, pada pukul 10 pagi, 15 Mei 2007.
Fatimatulzahra pula mendakwa Jamal telah menceraikannya pada pukul 8 malam hari yang sama ketika sedang memandu kereta untuk menghantar suaminya itu.
Plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai setelah mendakwa Jamal menceraikannya dengan lalaz: ``Aku ceraikan kau dengan talak satu.''
Fatimatulzahra mendakwa sebelum suaminya melafazkan cerai tiada sebarang kejadian mahupun pertelingkahan berlaku antara mereka.
Plaintif mendakwa, dia tidak tahu mengapa Jamal tiba-tiba melafazkan cerai terhadapnya.
Dakwa Fatimatulzahra lagi, dia kurang pasti sama ada Jamal berada dalam keadaan sedar atau pun tidak kerana ketika itu defendan tidak seperti orang yang normal.
Pasangan terbabit bernikah pada 3 Januari 2006 di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand dan mempunyai seorang cahayamata Ahmad Zaki Yamani, berusia dua tahun.
Mahkamah menetapkan 23 Jun ini bagi keputusan permohonan pengesahan lafaz cerai.-Utusan
BUJANG SUSAH: Bukti negara yg x serius mengamalkan ajaran islam. Rakyat jadi hancur. Mufti harus sana sini xnak komen ke?
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.