Rasulullah pada suatu hari melihat orang mengerumuni sesuatu lalu mendekatinya dan bertanya apakah yang sedang dilihat. Jawab para sahabat mereka melihat orang gila.Jawab Baginda sebetulnya orang yang dikerumuni itu bukan nya gila yang sebenarnya tetapi "berpenyakit mental" tetapi orang yang "gila" adalah orang yang mementingkan dunia dan lupa kepada akhirat . Kerananya dia dimasukkan neraka, itulah orang yang benar-benar gila.
Sesungguhnya orang yang berpenyakit mental mungkin boleh disembuhkan dan pulih seperti biasa, malah semasa dia sakit kalau melakukan sesuatu tidak dibebankan dosa walaupun melanggar tatasusila agama.
Namun awaslah kepada orang yang betul-betul gila iaitu melakukan kerja-kerja yang memastikan dia masuk neraka Allah.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.