"
Menariknya Datuk Anifah Aman ini ialah kenyataan beliau menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington Khamis lalu..
Dia mengakui beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang ‘ditawarkan jawatan amat lumayan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melompat ke pembangkang dalam gerakan 16 September.
Bagi saya beliau adalah salah seorang ahli politik yg cukup "bagus" mengambil kesempatan yang terhidang..apatah lagi beliau kini Menteri Luar yg "dikabinetkan"oleh Najib...
Namun begitu adalah sangat merungsingkan saya apabila beliau cuba "menyerang" DSAI di Washington..sesungguhnya beliau kini sudah "tergenggam bara api" yang memungkinkan beliau akan "terbakar" diri..
Ini dapat dilihat apabila DSAI melalui Peguam beliau S. N. Nair, yang mewakili DSAI, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.
Kata Nair lagi, DSAI memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya menteri luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.
Datuk Anifah Aman kemungkinan sedikit terlupa sejarah dimana suami Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, pernah "dicop" penipu,pembohong,pengelat apabila beliau terjerumus didalam skandal bersama salah seorang kakitangan White House..
Adakah Datuk Anifah ingin juga merasai "dicop" seperti mana yg dirasai oleh suami Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton....adalah sungguh mengaibkan salah seorang Menteri Kabinet Malaysia akan "dicop" sebegitu di negara "Uncle Sam" seandainya beliau menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada DSAI..
Namun begitu akal pendek saya berkata Datuk Anifah mungkin tidak akan menarik balik kenyataanya didalam masa terdekat ini dan sanggup berhadapan dengan saman fitnah yg difailkan oleh Peguam DSAI..ini kerana kemelut negeri Perak belum lagi berakhir dan sudah tentu Najib tidak dapat menolongnya didalam masa yg terdekat ini..
Najib sudah tentu bertambah "pening" kepala dengan timbulnya isu ini...dia kini "diserang" dua penjuru....masalah dalam negara dan masalah di luar negara..
Isu ini walaupun melibatkan Datuk Anifah Aman dan Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tempiasnya tetap juga kena dimuka Datuk Seri Najib Razak..ini kerana terdapat perbezaan diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak..
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pantasnya ingin menfailkan saman fitnah jika Datuk Anifah Aman jika beliau tidak menarik balik kenyataanya dan memohon maaf untuk membersihkan nama beliau..apatah lagi kenyataan itu dibuat di luar negara..
Manakala Datuk Seri Najib Razak lansung tidak ambil "pot" apabila akhbar Perancis melaporkan berita yg membabitkan beliau dengan kes Altantunya..apatah lagi utk membersihkan nama beliau yg "disebut" di luar negara..
Apa yang pasti..tindakan Datuk Anifah Aman boleh diibaratkan sebagai "sebab pulut santan binasa...sebab mulut BN binasa.."
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.