Tuesday, May 5, 2009

Check email di desktop menggunakan Yahoo Zimbra



zimbra desktop

Yahoo Zimbra Desktop merupakan perisian untuk menulis dan membaca email dari desktop anda. Ianya ringan, laju dan mudah digunakan, tidak macam menggunakan Thunderbird dan sebagainya.

Dengan adanya Zimbra, tidak perlulah anda membuka browser, login web mail dll semata2 untuk memeriksa dan membaca email2. Cuma perlu klik pada icon dan paparan inbox email anda akan segera muncul. Senang kan, dan sangat menjimatkan masa.

Zimbra membolehkan anda menggunakan email dari Yahoo Mail, Gmail, Hotmail, Pop3 dan IMAP. Anda juga boleh membaca email dalam offline mode sekiranya tiada connection internet, tetapi hanya bagi email yang diindex sahaja.

Perbezaan antara Zimbra, Outlook dan Thunderbird.

Fungsi penuh Yahoo Zimbra Desktop

Yahoo Zimbra adalah perisian open source dan percuma. Anda boleh download dan cuba dengan klik pada badge dibawah.

Get Zimbra Desktop free email and collaboration client

Selamat mencuba ya! :)

(cf-jomphp)

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.