Sebagai seorang designer, sudah menjadi satu kewajipan untuk menggunakan satu perisian yang diberi nama Adobe Photoshop. Ya, dan saya sangat selesa bekerja dengan Adobe Photoshop CS2. Tapi bagaimana ya untuk melakukan proses instalasi perisian utama Adobe ini?Setelah mencuba beberapa cara, akhirnya saya berjaya untuk melakukan proses instalasi Adobe Photoshop CS2 ke dalam distro ubuntu saya. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi pengalaman dan cara saya memasang perisian ini, khas untuk anda...
Perisian yang anda perlu ialah:
1) Wine
2) Original Adobe Photoshop CS2
OK, apa yang perlu anda lakukan ialah:
1) Muat-turun kedua-dua perisian di atas jika tiada.
2) Simpan perisian di Desktop @ lokasi yang mudah untuk dicapai.
3) Install perisian Wine (jika tiada).
4) Beranggapan yang anda sudah menyudahkan proses instalasi Wine, setelah anda extract fail .ZIP Photoshop, klik kanan pada setup.exe, pilih "Wine Windows Program Loader".
5) Ikut arahan yang terdapat pada skrin.
6) SIAP !! Anda boleh mula proses mengedit gambar, menggunakan Photoshop CS2, dan yang penting, dalam distro ubuntu...


Oh ya, untuk tips:
1) Simpan font yang anda muat-turun ke dalam folder ini jika anda ingin menggunakan font tersebut dalam Photoshop CS2 : (/home/namapengguna/.wine/drive_c/windows/fonts)
2) Jika anda tidak dapat melihat folder .wine, tekan CTRL+H untuk membuka fail tersembunyi (hidden files).
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.