KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Demi memuji dan 'memuja' isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana. Iklansatu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau.
Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rosmah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.
Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM45,786.00
Demikian didedahkan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya yang mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri .
"....bagaimana dengan iklan di akhbar lain?
"Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan," katanya yang juga dikenali sebagai 'Chegubard'.
Sementara itu beliau juga turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar yang sama pernah dilaporkan dalam Laporan Audit Negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat 'banner' ucapan dan sambutan. Harakahdaily.-
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.