| Apr 27, 09 10:26am |
| PKR memecat 16 ahlinya di Kedah dan Sarawak yang terlibat mencabar calon-calonnya pada pilihanraya DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai awal bulan ini. Keputusan itu yang berkuatkuasa serta-merta dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya semalam, kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali. "Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media," katanya. "Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini." Nama (dan bahagian) mereka seperti berikut: 1. Moganakumar Subramaniam (Merbok) 2. Jayagopal Andaikalam (Pokok Sena) 3. Abdul Hamid Othman (Padang Serai) 4. Roslan A Hamid (Padang Serai) 5. Abu Bakar Din (Baling) 6. Abdul Wahab Mat Isa (Sik) 7. Mustafa Hassan (Sik) 8. Kalaivanar Bala Sundram (Jerai) 9. Deivanai Krishnan (Jerai) 10. Abu Bakar Hamid (penaja Pendang) 11. Ahmad Ayub (penaja Pendang) 12. Azhar Ahmad (penaja Jerlun) 13. Dr Ambrose Labang (Julau) 14. Wong Kee Kai (Julau) 15. Rajang Unau (Julau) 16. Kudik Untung (Julau) (CF - http://www.malaysiakini.com) |
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.