Tuesday, April 14, 2009

Manikumar dilantik exco.

S Manikumar yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Selasa lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota exco kerajaan negeri Kedah.

Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di Alor Star pagi ini.

Beliau ialah pengerusi jawatankuasa perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, masyarakat Siam, India, pekerja ladang serta perpaduan, lapor Bernama.

Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang mewakili PKR.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi acara angkat sumpah itu.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:30 PM

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.