Tuesday, April 14, 2009

LALOK

16 pelajar `lalok’
Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN

GEORGETOWN: Sikap ‘lalok’ (khayal) 14 pelajar lelaki dan dua perempuan di sebuah sekolah menengah di Penanti, di sini, yang disedari seorang guru, membongkar kes penyalahgunaan pil khayal jenis ‘Nospan’, Khamis lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata kejadian kira-kira jam 5 petang di Seberang Perai Tengah (SPT) itu disedari guru terbabit sebelum memaklumkannya kepada polis.

Katanya, guru itu curiga melihat kelakuan tidak normal pelajar terbabit yang berusia dalam lingkungan 13 dan 14 tahun.

Sehubungan itu, sepasukan anggota polis tiba ke sekolah berkenaan dan berjaya menahan dan membawa semua pelajar terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, hasil siasatan, semua pelajar mengaku mengambil pil khayal jenis ‘Nospan’ yang dibeli daripada rakan sekolah mereka dengan harga RM1 setiap satu biji.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap seorang pelajar yang ditahan itu mendapati, dia menjadi penjual pil di kalangan rakan dan mendapatkan bekalan daripada seorang rakan di luar sekolah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.