Friday, April 24, 2009

Jangan fikir PAS sudah cukup kuat !

(6) ABO @ Penanti -
Salam buat Wak Al banjari..

Kesempatan ini saya ingin memberi sedikit pandangan tentang parti sokongan saya iaitu PAS. Merasakan wak boleh menggunakan blog wak sebagai platform mengkritik dan memberi pandangan kepada parti utk kebaikan semua, maka saya kirimkan pandangan ini agar wak boleh mengutarakan pandangan ini jika wak bersetuju dengannya.

Okay...pada saya PAS belum kuat. sebenarnya UBN sudah terlalu lemah dan terlalu tinggi kebencian rakyat pada mereka. Jika PAS benar cukup kuat, di mana ada majoriti melayu maka PAS pasti menang. Kerana itu PAS perlu memahami bhw PAS masih belum boleh mengakui kekuatan mereka. Jika ada sikap begitu, nanti pada PRU13, pemimpin PR terutama PAS akan terkejut dengan keputusan yang mungkin tidak banyak berubah atau semakin kurang sokongan. Inilah yang perlu pemimpin PAS mahupun PR fahami. Mereka perlu ubah sikap merasa "cukup kuat". Inilah sindrom yang ada pada UBN sedikit masa dahulu yang mengakibatkan muncul penyakit "angkuh", "sombong", "Taksub", "ego" dan sebagainya pada diri mereka. Kerana itu sindrom "merasa cukup kuat" harus ditangani dengan baik di kalangan pemimpin PR terutamanya PAS.

Pada pandangan saya, selepas kemenangan besar PRU12, PAS dan PR masih menggunakan gaya "menyerang" musuh politiknya. Terutama di kala UBN sendiri terlalu banyak isu yang meliliti mereka. Kerana itu, PAS dan PR mempunyai terlalu banyak isu utk menyerang dan membaham kelemahan dan kekusutan yang di alami oleh musuh mereka.Ini memang bagus.

Tetapi dalam strategi peperang, saat musuh lemah kita memang perolehi kemenangan, tetapi apabila musuh mula membaik pulih strategi dan kekuatn mereka barulah kita akan menentang musuh dengan kekuatan sebenar mereka. Ini yang saya nampak dilupakan oleh pemimpin PAS.

Saya mengikuti politik PR terutamanya PAS dengan sangat rapat. Di melaka saya tidak nampak apakah yang dilakukan oleh PAS dalam memperkukuhkan dan mengembangkan pengaruh mereka. Apa lagi oleh PKR yang sangat sedikit aktiviti pembangunan politi kepartian mereka(kerana itu apabila mendapat kuasa mereka sibuk mencari peluang dan kesenangan. Lupa bagaimana utk memeprkukuhkan parti. harap pada DSAI sahaja).

Apa yang dilakukan adalah menyerang selagi ada. Kelemahan dan kekurangan yang dimiliki oleh PAS tidak diperkukuhkan dan di tambah kuat. Mungkin terlalu sibuk menyerang (musuh tengah lemah memang sedap menyerang)...hingga terlupa strategi asas memperkukuhkan dan memperkuatkan PARTI. Cuma wak lihat sendiri apakah yang telah dilakukan oleh PAS selepas kemenagan PRU12. Mana kelas-kelas tarbiyah? Mana aktiviti kemasyarakatan? mana aktiviti meyelami pengundi yang belum menyokong kita? Kenapa organisasi PAS masih banyak kelemahan? Tidak banyak gerak kerja di dalam masyarakat. Malahan banyak isu-isu organisasi yang juga dialami oleh Parti.

Pendapat saya, saat UBN adalah lemah , kita merasa kita kuat walaupun hakikatnya kita belum cukup kuat. Di melaka saya tidak nampak apa yang PAS lakukan untuk mengembangkan pengaruh dan pemahamam rakyat. Kurang aktiviti. Organisasi juga banyak kelemahannya. Malahan pilihan raya kecil di bukit gantang cukup menunjukkan betapa TERLALU banyak yang perlu dilakukan oleh PAS jika mereka serius utk mendapat sokongan rakyat yang masih belum memahami perjuangan PAS dan PR. jika bukan faktor seperti DS Nizar, sokongan gerak kerja seluruh negara, sokongan media blogger dalam menyebarkan informasi dan faktor kelemahan yang terlalu besar dari UBN...naye PR. Kerana itu saya tetap berpendapat PR masih tidak kuat. Saat Najib memperkukuhkan dan memperbaiki imej dan organisasi mereka , PR masih sibuk menyerang tanpa melihat benteng-benteng asas kekuatan mereka.

Takut bila kekuatan UBN pulih, kekuatan PAS dan PR tetapi sama seperti tahun 2004, 2000, 1996 dan sebagainya. Moga muktamar jun ini memberi ruang dan peluang untuk pAS memuhasabah dan melihat semula strategi peperangan mereka. Saya doakan kekuatan buat PAS kerana perjuangan murni yang saya sayangi ini. Sekian..
oleh : Amar[Melaka]
Posted by albanjari
(CF - http://politikbanjar.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.