Thursday, April 23, 2009

Eksklusif: Gagasan Melayu Perak Buat Laporan Polis Terhadap Portal Berita Online Malaysiakini, Didakwa Telah Menghina Institusi Raja Perak !!


IPOH [10.56 pm] - Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web 'MalaysiaKini' kerana didakwa menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah melalui penyiaran berita bertajuk 'Raja Nazrin Defends Monarchy Against Ridicule;, Selasa lalu. Laporan itu dibuat oleh Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, jam 5 petang tadi di Balai Polis Sungai Senam, di sini. Mohd Hilmi memberitahu pemberita, laporan polis dibuat kerana GMP beranggapan berita yang disiarkan oleh laman web itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri ini. Selain itu, katanya GMP turut berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap laman web terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.

[Rakyat Perak dan orang Melayu kini menjadi semakin keliru dengan kes-kes penghinaan yang berlaku terhadap institusi beraja di Malaysia. Ini kerana, sikap "double standard" itu jelas kelihatan dalam isu ini. Maknanya, bila orang UMNO dan BN menghina raja-raja Melayu maka mereka akan mempertahankan tindakan itu kononnya membela rakyat. Tetapi bila pemimpin pembangkang atau media yang tidak pro kerajaan melaporkan berita seperti itu maka begitu mudah mereka akan dituduh menghina. Maknanya UMNO dan BN telus undang-undang "hina raja", walhal mereka sebenarnya yang membuka jalan supaya rakyat boleh menyaman raja-raja Melayu di mahkamah jika terbukti ada belaku kes-kes tertentu. Kini mereka pula beriya-iya benar mempertahankan kononnya merekalah yang membela raja-raja Melayu].

(CF - http://pahangdaily.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.