Posted on Tuesday, April 14 @ 21:07:32 MYT by TokAyah
Oleh amdang81
Perbualan akhir sebelum meninggalkan bumi Perak pada 7 April lalu memperlihatkan betapa positifnya untuk DUN Perak dibubarkan. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, sekiranya DUN Perak tidak bersidang selepas 6 bulan selepas Sidang DUN sebelum ini, maka DUN akan secara sendirinya terbubar. Jika dihitung, tempoh yang ada adalah kira-kira sebulan sahaja lagi.Namun, jika Sidang DUN di bawah pokok diambil kira, usul yang dikemukakan dalam Sidang DUN tersebut juga perlu dikira. Antaranya adalah usul pembubaran DUN sendiri. Lagi pening mahu memikirkannya.
Di sini kesilapan UMNO dan BN dalam melakukan rampasan kuasa. Selain sepatutnya speaker yang mereka 'beli', mereka sepatutnya melakukan undi tidak percaya kepada Nizar di dalam dewan. Jika benar mereka sudah mendapat 'simple majority' tersebut, ini sepatutnya yang dilakukan. Ketika itu mereka berkelebihan dengan 3 malaun yang dikatakan bebas tetapi menyokong BN.
Hari ini, 3 Adun terbabit dianggap speaker sebagai sudah meletak jawatan, maka jadinya 28 sama (abaikan apa yang mahkamah putuskan seketika). Ditambah dengan penggantungan MB Haram dan exco-exconya, maka Sidang DUN akan berpihak kepada PR 28-21 (+3 kot). Walaupun kes ini masih di mahkamah, namun jangkamasa sebulan tidak memungkinkan ianya dapat diselesaikan.
Akhirnya, DUN Perak terpaksa dibubarkan!.
Apakah kebarangkalian yang lain? Pertamanya speaker tiba-tiba meninggal dunia. Makanya perlantikan speaker baru akan dibuat. Dalam keadaan sekarang, sudah tentu speaker akan dikuasai BN. Makanya BN akan terus berkuasa dengan menguatkuasakan kuasa yang ada.
Cara lain? Laksanakan darurat di Perak dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) akan mengambil alih pentadbiran di Perak. Inilah yang pernah dan telah menjadi sejarah di Kelantan pada 1977.
Semoga semuanya aman. InsyaAllah Perak dan Malaysia akan aman sekiranya tidak dikucar-kacirkan oleh UMNO dan BN. UMNO dan BN sudah lama memberi amaran. Malaysia akan kucar-kacir sekiranya 'pembangkang' memerintah. Buktinya, dengan beberapa negeri ditadbir PR, UMNO dan BN telah melakukan kucar-kacir di sana.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.