Zaili Muhammad
Sun | Apr 12, 09 | 11:46:10 am MYT
MELAKA, 12 April (Hrkh) - Saman malu ke atas Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam ditangguhkan sekali lagi sehingga 7 dan 8 september depan apabila peguam defendan memaklumkan bahawa Ali gagal menghadirkan diri kerana kurang sihat.
Iklan
Plaintif, Abdul Hamid Mustapah, 49, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern (kini Hospital Putra) mengemukakan saman malu sebanyak RM10 juta ke atas Ali Rustam kerana memfitnah beliau.
Abdul Hamid diwakili peguam Noraida Md Noor dari Tetuan Putchucheary Firoz & Mai, manakala Ali Rustam diwakili Lee Hishammudin Allen & Gledhill memohon penangguhan tersebut di hadapan hakim Dato' Wira Moktarudin Baki di Mahkamah Tinggi Melaka, di sini.
Menurut Abdul Hamid, bahawa beliau memberi peluang terakhir kepada defendan kerana sebelum ini perbicaraan yang dijalankan pada 30 dan 31 Julai lalu turut tertangguh.
Sebaliknya, Ali Rustam dalam kenyataan medianya mengatakan dia tidak tahu dan tiada orang yang memberitahunya tentang kes saman itu ketika ditanya kenapa beliau gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan saman malu itu.
Antara lain plaintif mendakwa Ali memfitnahnya membuat penipuan mengenai akaun hospital terbabit dan enggan memberi rawatan kepada isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini, Dato' Ahmad Roslie Johari.
Ini menyebabkan reputasinya terjejas teruk selain membawa makna beliau bertindak dengan cara yang tidak beretika dan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua sebuah organisasi milik kerajaan. - mns_
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.