بسم الله الرحمن الرحيم
Note: Promosi sempena PRK Tenang... Korang nak pilih yang mana untuk buat isteri atau anak menantu... Ataupun pengarah-pengarah film nak pilih yang mana untuk buat cerita seram atau cerita hantu... Kah..kah..kah..kah... Selamat memilih untuk pengundi Tenang... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, January 25, 2011
CALON ISTERI : MANA SATU PILIHAN ANDA
PUTERI UMNO BENCI PAPA GOMO
بسم الله الرحمن الرحيم
Puteri UMNO bongkar tembelang Papa Gomo
Sebenarnya blogger kaki fitnah yang langsung tak takut dengan kuasa Allah ini tak perlu lagi ReJaM© perkenalkan kepada pembaca. Blogger ini sememangnya suka membuat fitnah yang bukan-bukan demi meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Siapakah blogger yang dimaksudkan? Siapa lagi kalau bukan papa gomo!
Baru-baru ini difahamkan Papa Gomo telah menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, kononnya penyokong PR telah mengasari Puteri UMNO. Tujuan Papa Gomo berbuat demikian semata-mata untuk memburukkan Pakatan Rakyat sekaligus meraih sokongan untuk Barisan Nasional di PRK DUN Tenang.
Malangnya, Puteri UMNO sendiri tidak tahan dengan fitnah yang dilemparkan oleh blog fitnah Papagomo tersebut, lantas mendedahkan fitnah tersebut kepada wartawan Sinar Harian. Di atas adalah petikan akhbar tersebut sila klik untuk membesarkan imej. - milosuam
Note: Kah..kah..kah..kah... kantoi bodo jer...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
HU PHANG CHAW CABAR MCA DAN GERAKAN DEBAT
بسم الله الرحمن الرحيم
DHPP Sedia Berdebat MCA dan Gerakan
LABIS, 24 Jan - Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.
Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam.
"Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.
Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki.
"DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika isu ini jika mereka masih tidak faham," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam.
"PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam," jelasnya.
Note: Kah..kah..kah..kah.. Inilah bezanya UMNO dan PAS.. cina yang menyokong dan rapat dengan PAS semakin hari semakin faham dan menerima akan hukum serta larangan dalam islam. Tapi cina yang rapat dan menyokong UMNO semakin hari semakin kurang ajar serta lancang mulut mereka semua mempertikaikan akan hukum dan agama islam.. Kah..kah..kah..kah.. Terima Kasih UMNO kerana anda telah berjaya mentarbiyahkan cina ini menjadi kurang ajar pada agama islam yang anda akui sebagai agama anda semua.. Terima kasih UMNO kerana diam membisu bila agama anda dipermainkan... Terima kasih juga kepada Ghani Othman kerana turut sama mencaci agama islam agama kamu sendiri hanya kerana ingin membela cina kaki kongkek ini.. Kah..kah..kah..kah.. Biar islam tergadai biar islam dicaci maki asalkan cina sokong umno... Kah..kah..kah..kah... ibrahim ali, zol nordin, jamil khir dan harus sana sini pun mesti suka kan... Kah..kah..kah..kah.. Hidup umno...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
BODOH, TOLOL ATAU GILA?
بسم الله الرحمن الرحيم
Pindaan perlembagaan gagal, tidak peroleh undi dua pertiga DUN
Ahli beberapa NGO yang membawa banner berlambangkan UMNO berarak secara aman dari Dataran Shah Alam menuju ke Bangunan SUK, Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum membantah pindaan perlembagaan negeri hari ini.
SHAH ALAM, 24 Jan — Sebagaimana dijangkakan usul pindaan perlembagaan negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pakatan Rakyat menyokong pindaan mengembalikan kuasa Sultan manakala Barisan Nasional (BN) pula menolak.
Usul itu mendapat sokongan 34 anggota dari Pakatan Rakyat manakala 20 wakil rakyat BN terus dengan pendirian tidak menyokong.
Khalid berkata penolakan usul juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.
“Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011,” katanya lagi.
Khalid juga menjelaskan sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar.
“Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan,” kata beliau.
Khalid memberitahu, walaupun Pakatan Rakyat tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. - Minsider
Note: Memang tak faham sungguh.. UMNO yang hari-hari dok menyalak mengatakan PR khianat pada Raja tapi mereka semua tak menyokong bila PR nak kembalikan kuasa Raja-raja. PERKASA dan UMNO yang hari-hari melalak mengatakan mereka setia kepada Raja tetapi kini terang lagi jelas mereka menolak Raja. Mungkin raja yang dimaksudkan oleh UMNO dan PERKASA ni ialah raja BERUK... Kah..kah..kah..kah..
Note: (foto) Lagi la tak faham bila GAPs yang membawa banner berlambangkan UMNO dan bertulis "DAULAT TUANKU" tetapi membuat demo serta menyerahkan memorandum membantah mengembalikan kuasa Raja-raja.. Tak tahu la nak sifatkan orang UMNO ni bodoh, tolol atau gila... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, January 24, 2011
CERAI TEBUS TALAK BOLEH DIRUJUK DENGAN AKAD BARU
بسم الله الرحمن الرحيم
Soalan:
Saya menceraikan isteri secara tebus talak kira-kira setahun lalu. Selepas bercerai, kami berkawan baik kerana sering menguruskan kebajikan anak. Saya sering berjumpa bekas isteri sehingga kami mengambil keputusan untuk bernikah semula. Namun, saya diberitahu seorang rakan bahawa tidak boleh bernikah semula dengan bekas isteri kerana cerai secara tebus talak adalah perceraian bain kubro. Harap tuan jelaskan kepada saya apakah perceraian khuluk sebenarnya, benarkah ia cerai bain kubro serta benarkah saya dan bekas isteri tidak boleh bernikah semula.
Ahmad Husaini,
Kajang.
Jawapan:
JARANG ada pasangan yang bercerai dapat mengekalkan hubungan baik sebegini. Tahniah kerana tuan mampu mengekalkan keadaan harmoni dengan bekas isteri demi kebaikan dan kepentingan anak.
Seperti kita maklum, perceraian ialah perbuatan halal tetapi amat dibenci Allah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Perbuatan halal yang amat dimurkai Allah ialah talak." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Di sebalik perbuatan halal yang dimurkai Allah itu, perceraian ialah penyelesaian untuk memberi nafas baru kepada pasangan suami isteri yang tidak dapat lagi hidup bersama atas pelbagai sebab.
Antara perceraian yang dibenarkan syarak ialah khuluk atau tebus talak iaitu hak diberikan kepada isteri yang mahu membebaskan diri daripada suami apabila tidak mampu meneruskan hidup bersama suami atas sebab tertentu selain sebab fasakh atau taklik.
Menurut jumhur ulama, khuluk harus dilakukan dengan memulangkan mas kahwin atau pembayaran lain sekalipun kadarnya melebihi mas kahwin yang dianggap makruh. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Janganlah seorang lelaki (suami) mengambil daripada perempuan yang menuntut khuluk melebihi apa yang diberikan kepadanya." (Riwayat al-Darul Qutni)
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Abbas mengenai isteri Thabit Qais yang mengadu kepada Nabi SAW kerana tidak senang dengan kekufuran suaminya. Lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu sudah memulangkan kebunnya? Ya, jawab isteri Thabit, lantas Baginda berkata kepada Thabit: Terimalah kebunmu dan ceraikanlah dia dengan satu talak."
Kehendak hukum syarak ini selari peruntukkan mengenai khuluk dalam Seksyen 49 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang antara lain memperuntukkan: "Jika jumlah bayaran tebus talak tidak dipersetujui pihak itu, mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut hukum syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak itu."
Seksyen 49 juga memperuntukkan mengikut subseksyen (1): "Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaan sendiri, tetapi pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talak, mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak itu, mengarahkan suami melafazkan perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah bain sughra atau tidak boleh dirujuk."
Berkenaan perceraian bain sughra, berdasarkan hukum syarak, bain adalah talak yang tidak membolehkan suami rujuk isterinya walaupun dalam tempoh edah dan talak jenis ini dibahagi kepada dua talak bain sughra dan bain kubro.
Bain sugra adalah talak yang memerlukan seorang suami mengakad semula akad nikah dengan isterinya jika suami mahu kembali hidup bersama dengan bekas isterinya. Talak yang termasuk dalam kategori ini adalah cerai secara fasakh dan cerai khuluk atau tebus talak.
Sementara bain kubro ialah cerai talak tiga atau talak ketiga dengan suami hanya boleh menikahi semula bekas isteri selepas ia bernikah dengan suami kedua, bersetubuh dan berlaku perceraian seterusnya menjalani edah. Suami pertama dibolehkan menikahi bekas isterinya dengan akad baru.
Talak yang tidak membolehkan pasangan bernikah selama-lamanya ialah perceraian yang berlaku disebabkan lian atau sumpah dibuat suami terhadap isteri yang dituduh berzina atau apabila suami menafikan anak yang dikandung isteri zuriatnya.
Berdasarkan penjelasan di atas, khuluk adalah termasuk dalam kategori talak bain sugra iaitu tidak boleh dirujuk walaupun dalam tempoh edah namun pasangan boleh berkahwin semula dengan akad yang baru.
Oleh itu, jika tuan mengambil keputusan untuk memulakan semula hidup bersama dengan bekas isteri, maka tuan boleh mengahwini bekas isteri dengan akad nikah yang baru.
Jawapan disediakan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Marlina Amir Hamzah.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
100 ANGGOTA INDIA PKR MASUK MELAYU
بسم الله الرحمن الرحيم
100 ANGGOTA PKR TASEK GELUGOR KELUAR PARTI SERTAI,BN - meloya
TASEK GELUGOR, 23 Jan. - Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti berkenaan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.
S. Thevandass yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji kepada penduduk di kawasan Ladang Mayfield, di sini.
"Semua janji yang ditabur sebelum pilihan raya hanya janji kosong semata-mata, mereka (PKR) kata nak bantu orang India, tapi sampai sekarang apa pun mereka tidak beri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang penyertaan mereka kepada Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor Dr. Mohd. Rozi Yusuf.
Note: Kah..kah..kah..kah.. Kalau kata PKR tak tunaikan janji.. sebelum PKR siapa pula yang menguasai Tasek Gelugur ni? Kah..kah..kah..kah... Tengok ayat yang last sekali tu.. Kenapa serahkan borang kepada UMNO... India ni nak masuk melayu ke apa? Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
UMNO DAN PERKASA TIPU SULTAN?
بسم الله الرحمن الرحيم
Woit UMNO! Kata Daulat Tuanku?
Aikk?? Hari tu siap berdoa untuk Tuanku.. Hari ni tak setuju bagi kuasa kat Tuanku pulak? Pengkhianat!!! wakakakakaka!
BN Selangor tetap dengan pendirian tentang pindaan esok
SHAH ALAM, 23 Jan — Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai “Pak Turut”.
Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang esok bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat
Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Note:
Chehh!!
Daulat Tuanku sana.. Daulat Tuanku sini.. Nizar pengkhianat sana.. Khalid pengkhianat sini.. Akhirnya.. terburai jugak siapa pengkhianat pada raja-raja melayu yang sebenar.. Akhirnya.. terpecah jugak tembelang..
Quote kata-kata Chegu Bard di ceramah minggu lepas @ Hulu Bernam, Hulu Selangor..
"UMNO buat raja-raja melayu ni macam pelacur tua je, bila nak guna, UMNO belai-belai raja-raja.. UMNO tolak raja-raja melayu ke depan.. lepas tu UMNO menyorok belakang raja-raja melayu.."
Betul!!! Dan inilah yang berlaku sekarang! Nak kembalikan kuasa kepada Sultan Selangor pun UMNO Selangor tentang!
Adehhh!! Mana Daulat Tuanku nye wehhh?
Mana Armand?? mana PERKASA?? Ni bukan khianat kepada Agama, Bangsa dan Negara ke?
Wakakakaak! - budakbalun
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
TOK AI TERLIBAT PENIPUAN LELONGAN TANAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Calon UMNO DUN Tenang terlibat dalam penipuan lelongan tanah... ceritanya di SINI. Orang DUN Tenang kalau rasanya tanah korang semua nak kena gadai korang pilihlah colon gemok ni.. Kah..kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
CIKGU ROGOL ANAK MURID 12 TAHUN
بسم الله الرحمن الرحيم
KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap menunjukkan teladan baik kepada mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.
Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.
Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.
Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.
Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.
Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali. - [HM]
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Sunday, January 23, 2011
MUALLAF
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Bukan mudah hendak dapatkan syurga Allah. Kalau hidup kita hanya menunaikan yang wajib atas diri kita sahaja contoh solat wajib, puasa, pergi kerja balik kerja, tunai haji dll belum tentu syurga menjadi jaminan…
Setiap orang islam wajib berdakwah terhadap manusia bermula diri sendiri, keluarga, teman dan rakan dari agama lain. Yang utama jalankan tanggungjawab yang diamanahkan contohnya sebagai anak kepada parent, parent kepada anak, hak jiran, KETUA UNIT/ CAWANGAN /SEKSYEN terhadap staf dan ketua2 lain.
Jadi moral of this story mulakan dakwah anda walaupun terhadap orang islam terutama melayu islam (islam ikutan) kemudian sambil itu berdakwahlah terhadap rakan bukan islam dengan menunjukkan moral islam dari diri kita.
ANDA KENA SABAR MEMBACA KISAH DIBAWAH NI.
semua benda kita buat dengan penuh suka akan menjadi mudah dan semua benda kita buat dengan penuh menyampah akan jadi susah.
Aku, Lim dan Islam..Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong Agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam. - Taman2Syurga