Monday, July 18, 2011

AYOH BANGUN TUNTUT KEADILAN!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Semangatmu Tetap Teguh Bersama Kami...!!!


Tubuh seorang pejuang yang terbujur kaku dik kerana kezaliman kerajaan Barisan Nasional laknatullah



Keluarga Allayarham Baharuddin Tuntut KPN Mohon Maaf


Para sahabat dari pelbagai kaum berdemo untuk keadilan Allahyarham


Buatmu para pejuang keadilan

Buat para sahabat yang mempunyai account FaceBook, mari kita sama-sama "LIKE" page yang menyatakan keadilan buat Allahyarham ini -
Justice For Allahyarham Baharuddin


Kad ATM milik Allahyarham Baharuddin Ahmad


Tercatat tarikh mula da tamat tempoh perkhidmatan


Tercatat sebagai seorang anggota ATM TERBAIK

Ketika aku merakamkan gambar ini, dapat aku bayangkan seorang anggota tentera yang penuh disiplin, tegas dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan. - King Jason

Note: Lihat saja apa yang mereka lakukan kepada seorang insan yang pernah mempertahankan negara sebagai seorang anggora tentera (ATM). Beliau telah dikasari sehingga patah empat tulang rusuk dan tiga batang giginya. Apa kesalahan beliau? Adakah beliau membawa M16 atau C4 ? Tidak!!! Beliau bertangan kosong hanya datang sebagai orang awam dan juga rakyat Malaysia yang menuntut keadilan. Undang-undang apa yang polis gunakan sehingga sewenang-wenang memperlakukan demikian kepada beliau? Adakah polis mengunakan undang-undang binatang?

Note: Wahai pemerintah yang zalim.. ingatlah kamu.. selagi kezaliman yang kalian lakukan ini belum terbela, kami rakyat tidak akan berdiam diri. Kami akan terus bangun dan berdiri disamping semangat pejuang-pejuang kami yang telah syahid. Kami akan tuntut dari setiap bibit kezaliman yang kalian lakukan terhadap kami. Percaya atau tidak masanya akan tiba kezaliman akan tersungkur bersama-sama kalian akhirnya. Kami bangun kami tuntut !!!!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

  1. tunggulah
    jika tiada pembalasan di dunia
    pembalasan di akhirat sana
    adalah sebaik-baik pembalasan yang ada

    ReplyDelete
  2. Kepada bekasx Tentera semua fikirlah
    apa yang kita dapat setelah berkhidmat selama ini?Dengan kos
    kehidupan yang tinggi sekarang ini,
    duit pencen yang diterima tidak
    mencukupi untuk menyara keluarga
    kita.Kita terpaksa berkerja lagi
    untuk menampung keluarga.Saya yakin
    ramai rakanx bekas tentera condong
    kepada PEMBANGKANG untuk samax
    membuat perubahan dalam PRU kelak.

    ReplyDelete
  3. tumbangkan kerajaan bn!

    ReplyDelete
  4. t shirt tragedy 907(http://reloads03.blogspot.com/2011/07/baju-tragedy-907himpunan-bersih.html)

    ReplyDelete
  5. PErginya seorang pejuang rakyat setelah dibunuh oleh kerajaannya sendiri yang selama ini dipertahankan dengan jiwa dan raganya.

    Mana letaknya budi pekerti kerajaan terhadap insan pejuang seperti allahyarham?

    Al Fatihah.

    ReplyDelete
  6. korang sume kelam kabut, berani dlm blog je...haha

    ReplyDelete
  7. soldier's never die but fade away!

    Semuga roh beliau dicucuri rahmatNya, amin.

    Saudara anon..berani di blog atau dimanax... berani menulis nama bukan anon..kote hang pi mana?

    ReplyDelete
  8. Bersih Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik

    Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.
    Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

    ReplyDelete
  9. rosmah betina sundalJuly 19, 2011 at 1:03 AM

    anon July 18, 2011 2:34 PM.. klau kami semua takut kami x turun 9 julai tempoh hari..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.