Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 7, 2010

HALOO MACHA... MAU BELIT KA ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Pemuda MIC serta beberapa kerat NGO telah menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Isy... ini musim menghantar memo ke? Memo apa ke lagi??

Memo bantahan.... kononnya, berlaku diskriminasi oleh kerajaan PR Selangor dalam pemberian pinjaman dan biasiswa kepada pelajar India di Selangor.

Pulak dah.... Ya bebenor sikit. Sudah dapat kepastian ke?? Sudah siasat ke?? Sudah selidik ke?? Sudah ada bukti ke?

Kalau tak der, jangan nak banyak cakap!! Jangan nak cari publisiti murahan, nak tunjuk kononnya, Pemuda MIC tu teror sangat memperjuangakan nasib para pelajar India. Apa lu orang ingat, dulu.... UMNO/BN punya masa, pelajar India tarak kena diskriminasikan, ka??

Lagi teruk oooo.... Itu jam, mana lu orang punya suara?? Bisu ka?? Sekarang lu orang mau tunjuk hero, aaaa. Adey... poooraahh!!

Ekoran daripada itu, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar telah menolak dakwaan mereka ,yang kononnya hanya 3 orang pelajar India sahaja yang mendapat bantuan pinjaman daripada Yayasan Selangor.

Adey.... kerajaan PR Selangor tidak sekali-kali mengamalkan diskriminasi dan pilih kasih seperti yang didakwa. Siapa yang pohon dan setelah dipertimbangkan, insyaAllah akan dibantu, tidak kira pelajar itu berbangsa Melayu ke, India ke atau Cina ke. Kalau layak... akan dapat.

Hasil semakan yang telah dibuat, berikut ialah data pembahagian pembiayaan pendidikan oleh Yayasan Selangor.



Adey.... next time do your homework first, aaa.. Sekarang lu orang tengok, 3 orang atau 28 orang?? Ada puas hati ka?? Ayoyo.... tolong jangan suka tuduh dan fitnah orang ikut sesuka hati lu orang saja, ok?? Tarak baik, tau ka??

Apa yang diharapkan adalah agar pihak Yayasan Selangor akan menghebahkan maklumat atau informasi seperti ini, selari dengan dasar merakyatkan informasi. Langkah ini juga, dapat mengelakkan kekeliruan dan dakwaan serta fitnah yang tidak berasas terhadap kerajaan PR Selangor.

- motherof3mohd

Note: Kah..kah..kah..kah.. belit jangan tak belit...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

ireneTEH said...

india raja di malaysia?

Anonymous said...

kik kik kik kik agaknyer yg mohon tp x dpt tuh! warganegara India yg menetap secara haram kat Malaysia kot. so pasal orang tak cam dia tuh imigran,dia try la mohon

Anonymous said...

,mic 53 tahun pun tara kasi, memo sini juga da antar

BRAIN DRAIN