Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 19, 2010

KRONI UMNO, BOLOT JANGAN TAK BOLOT

بسم الله الرحمن الرحيم

Zakiah ada harta RM200 juta?



Ada harta RM200 juta? Sikit tu, kalau hendak dibanding dengan lain lain orang yang jadi kroni kepada orang politik. Apatah lagi perdana menteri.

Apatah lagi kroni seorang perdana menteri yang menang ada kuasa mutlak untuk mengumpul harta sepanjang menjadi peneraju Negara. Bagaimana pula yang jadi perdana menteri selama 22 tahun?

Sudah tentu lebih banyak daripada itu.RM 200 juta kecil sangat. Malahan ada yang ada harta berbilion ringgit.

Hendak cerita prihal orang politik dan kroni kroninya yang dikatakan ada harta puluhanan juta dan ratusan juta di negeri Terengganu.

Suatu masa dahulu, Datuk Roslan Awang Chik pernah mengatakan orang politik, termasuk wakil rakyat asyik duduk kumpul harta sehingga tak ada masa hendak jaga kepentingan rakyat.

Kenyataan ini adalah merupakan bukti kukuh bahawa kebanyakan orang politik dan wakil rakyat memilik banyak harta sehingga mencapai ratusan juta.

Baru baru ini penulis diberitahu oleh seorang kontraktor di negeri Selangor bahawa salah seorang kroni seorang ahli parlimen Terengganu memiliki harta sebanyak RM 500 juta.

Anda barangkali tak percaya dan pasti bangkit pelawak,pembohong dan fitnah atau dengan kata lain cerita seumpama ini adalah cerita yang tak munasabah. Tak masuk akal. Atau cerita ini adalah cerita jahat seseorang yang ada niat buruk untuk menjatuh reputasi seorang wakil rakyat.

Sama ada benar atau tidak itulah cerita yang penulis dengar.Terserahlah hendak percaya atau sebaliknya. Sama ada cerita ini cerita sensasi, tapi itulah yang barangkali boleh jadi jawapnya "YA" jika Datuk Zakiah ada harta RM 200 juta sepertimana gesaan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat segera dakwaan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin.

Itu yang berlaku pada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Zakiah Ibrahim yang dikatakan memiliki harta bernilai RM200 juta yang juga tak munasabah.Munasabah atau tidak cerita nampaknya dipandang serius.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak harus diam diri dengan isu tersebut dan harus disiasat secara serius dan konsisten kerana ia telah diperbahaskan di Parlimen baru-baru ini yang menyentuh kewibawaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPRM.

Apakah yang boleh dilakukan oleh SPRM dengan Isu-isu yang melibatkan kes rasuah jika berkait rapat dengan orang politik. Apatah lagi perdana menteri. Bolehkah disiasat secara serius dan konsisten tanpa karenah birokrasi.

miskipun Penaiktarafan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM yang di harapkan ianya lebih efisyen dalam menjalankan tugas untuk membentaras gejala jenayah musuh Negara. -tko-

Note: kah..kah..kah..kah... hidup umno....!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

Anonymous said...

SPRM?
hmmmm kalu aku maki dah jadi karangan taraf STPM dah kat sini..