Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, November 20, 2010

GADIS 14 TAHUN DIROGOL BERGILIR GILIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Nak main gitar,dia dirogol bergilir-gilir



AMPANG: Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu.

Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran.

“Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar.

“Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat.

“Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans.

“Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya.

“Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.

“Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis.

“Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan.

“Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. - HM



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

seriwangi said...

Gadis zaman sekarang memang mudah dan cepat diperdaya..

Kak Mahh said...

Kenapa lah DIA mudah sangat percaya pada orang yang baru saja bercakap,kenal pun tidak ...

linn said...

rendahnya IQ remaja sekarang.. senangnya diperdaya sedemikian rupa

donk said...

yang buat pun TENTU orang melayu juga kan..

yang mengaku islam konon..

mudah mudahan..si pembuat tu..dapatlah emak ke kakak ke adik perempuan ke atau anak dia ke atau bini dia..kena macam tu juga..baru padan..

yang si 14 tahun tu pun bangang gila...bertengkar sikit dengan adik beradik..lari..konon nak release tension..kan dah kena cucuk dengan thermometer size L...lepas ni nanti standby ke melaka ya adik..sekolah dah tunggu kat sana..

pakngah ali rostam dah buat dah..

Idah said...

kenapa mudah sangat percaya pada orang yg tidak dikenali..tak semua manusia atas dunia ni..baik dik...

Shades Of Pale said...

eiiiiiiiiiiiiiiiii...tanak jdk mcm niiii...gelinye....

Anonymous said...

sedih tgk budak2 skrg ni....(sigh)

Anonymous said...

sedih tgk budak2 skrg ni....(sigh)