Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, November 25, 2010

ADA KE SELAWAT KEPADA ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

"hendaklah kita banyak bersalawat ke atas Allah s.w.t" - Tok Imam Umno



Memanglah kalau jenis spesis manusia lidah bercabang, hipokrit, pembohong, penipu; mereka sudah tidak punya rasa malu untuk lakukan perkara-perkara yang merendahkan akhlak dan peribadi mereka.

Saya teringat sebuah hadis Rasulullsh s.a.w; "jika kamu sudah tidak punya rasa malu, maka lakukan apa saja semau kamu."

Apa yang tidak dilakukan oleh pemimpin penyangak UMNO/BN sewaktu pilihanraya kecil P.185 Batu Sapi yang berakhir pada 4 November lalu? Semua mereka telah lakukan. Bermula dua hari sebelum penamaan calon sehingga kepada malam pengumuman keputusan PRK Batu Sapi.

UMNO anjurkan pesta dangdut dan konsert di dataran Flat MPS dihadiri ramai dari kalangan remaja Muslim. Apa sebenarnya matlamat UMNO berbuat demikian? Jawapannya mudah. UMNO mahu melihat supaya remaja Muslim biar rosak akhlak mereka.

UMNO telah memperalatkan para Ustaz dan menyalahgunakan rumah Allah untuk kepentingan mengekalkan kuasa mereka. Pada hari Jumaat, 29 Oktober 2010, semua masjid di Daerah Sandakan mendendangkan khutbah Jumaat oleh ustaz-ustaz yang jadi talibarut kepada mereka.

Saya bersama Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz dan Hj. Mohd Sabu dan kebetulan juga Hj. Ansari serta Ketua Menteri Musa Aman menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Al-Falah di DUN Karamunting, salah satu DUN di P.185 Batu Sapi.

Sebagai anak jati Kg. Karamunting, saya memang kenal mana-mana khatib yang dilantik untuk menyampaikan khutbah Jumaat di masjid tersebut. Tetapi kebetulan pada hari Jumaat yang dimaksudkan, saya lihat seorang muka baru yang berkhutbah, membaca teks yang telah disediakan. Menurut seorang sahabat, katanya itulah Ustaz Malai Ali.

Sewaktu khutbah disampaikan, Ustaz ini bercakap sebiji seperti seekor burung tiung yang bertutur dengan apa yang diajar oleh tuannya. Saya tenung muka ustaz ini, dalam hati kecil saya begitu rendah martabatnya sehingga sanggup menjual agama untuk kehidupan duniawi yang sementara.

Akhirnya, mungkin kerana terasa bersalah, dia tersasul apabila menyatakan, "hendaklah kita banyak bersalawat ke atas Allah s.w.t"

Nah! Siapa yang bagi tersasul lidahmu wahai ustaz jika bukan Allah s.w.t? Mujur setakat tersasul,.kalau Allah bagi bisu terus bagaimana?

Kemudian, pada 3 November pula, saya bersama Dato' Seri Nizar (Menteri Besar Perak yang telah dirampas kuasanya oleh UMNO/BN) telah sholat maghrib di masjid yang sama. Saya dan Nizar amat terkejut melihat menteri-menteri UMNO dan jemaah masjid yang dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO mengadakan solat hajat memohon kemenangan Linda Tsen, calon PBS.

Lebih terkejut lagi saya apabila yang mengimamkan solat hajat itu ialah Imam Bahagian, Ustaz Azizul serta turut disertai oleh Ustaz Rukmana. Saya sempat melontarkan sepatah kata kepada salah seorang ahli UMNO yang turut serta dalam solat hajat; "Di mana maruah kamu sebagai umat Islam sehingga berani melakukan sesuat yanag diharamkan oleh Islam?"

Kepada Ustaz Azizul dan Ustaz Rukmana, mana harga diri kamu sebagai ilmuan Islam sehingga sanggup menjadi 'kerbau cucuk hidung' kepada pemimpin UMNO yang kemaruk kuasa? Apakah berat bagi kamu untuk menolak menjadi imam solat hajat tersebut? Apakah kamu lebih suka mendapat keredhaan manusia dari mencari keredhaan Allah s.w.t? Berapa UMNO bagi habuan pada kamu? Tepuk dada, tanyalah iman.

Oleh: IBNI ABDULLAH/sab/kini20/11



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Asma said...

agama diperkotak katikkan gara2 pemimpin gila kuasa, dan rakyat gila wang dan pangkat...

Kuasa memangkah ada pd kita, dan kita sia-siakannya...

Anonymous said...

Aiii... Ustaz UMNGOK, biasala.
Sorang sembah kaabah(siap ada kasyaf lagi). Sorang lagi pulak selawat ke atas ALLAH SWT.

Lepas ni ape plak? Ustaz kamal imam jadi imam?

Anonymous said...

n43....salam..islam tidak mengenal parti..yg salah dari segi hukun tetap haram di sisi allah..apakah nizar tidak pernah membuat kerja2 bidaah..seperti menhadiri upacara kematian org cina dengan memegang lilin apakah hukumnya disisi allah..jgn hanya memandang kesalahan disebelah pihak saja..tidak adil begitu..renung2kan...

Kamal Sanusi said...

Skrg ni aku lihat org um-NO ni bila bab halal/haram dan/atau dosa/pahala bergantung kepada sejauh mana media massa utama memainkannya.

Dlm hal ini, sekiranya media mcm TV3suku, Utusan Meloya, Berita Hairan dan yg sekasta dengannya memainkan peranan mengatakan ianya tak dosa, maka tidak berdosalah perkara tersebut (pada anggapan "mereka" tu ler) walaupun hakikatnya ianya berdosa. Mana mungkin media lain boleh bersaing ngan depa ni.

So, gunakan sepenuhnya kuasa yg anda ada pada PRU-13 utk memberi pengajaran kepada "pemegang hukum halal/haram dosa/pahala" ni.


Wakakakakakakaka...............

umno bengong said...

woi anon umno bodoh.. nizar menghadiri atau ziarah non muslim yg meningal. pegang lilin tu sebagai tanda menghormati si mati. jadi dimana salahnya? xkan nizar nak sembahyangkan dia plak. begitu juga org non muslim yg menghadiri kematian org muslim. setakat datang dan menghormati agama yg lain jer la.. xkan la org non muslim nak solat jenazah plak. tu namanya menghormati agama lain. ko ni x pernah sekolah agama ke? x pernah dengar hadith ke? xder ustaz nak rujuk ke?

yer la kan.. namanya pun org umno. dah la bodoh dibodohkan lagi dgn pemimpinnya. jadi la bongok.

cuba ko baca baik2 entri kat atas ni.. org umno ni siap doakan dan buatkan solat hajat untuk non muslim ni. nizar ada ke buatkan solat hajar untuk org non muslim? kalau ko masih ingat prk kat selangor.. siapa yg buatkan solat hajat dan bacakan yasin untuk p.kepalabanathan? puak2 korang ni la.. demi mencapai tujuan politik ko bedal semacam jer sampai sanggup buat solat hajat dan bacakan yasin untuk non muslim.

mana punya mazhab yg ko ikut ni ? bengong punya org...!!!!