Friday, June 4, 2010

NAJIB: BELIT JANGAN TAK BELIT

بسم الله الرحمن الرحيم

PM didakwa beri jawapan bercanggah projek RMK9


Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini mempertikaikan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa memberikan jawapan bercanggah berhubung status projek bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Katanya, Najib dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada April lalu menyebut, sebanyak 705 buah projek berada dalam status Belum Mula.

Jawapan itu adalah bagi soalan yang dikemukakan ahli parlimen Setiawangsa Datuk Zulhasnan Rafique.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulisnya kepada Lim (kiri), Najib menyebut hanya 11 buah projek yang berstatus Belum Mula bawah RMK9, melibatkan peruntukan sebanyak RM82 juta.

"Macam mana soalan sama tapi jawapan berbeza-beza?," soal Lim dalam sidang media di pusat khidmatnya di Segambut, Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau 11 projek sudah berjumlah RM82 juta, kalau 705 projek, berapa jumlah peruntukannya?" soalnya lagi.

Tambahnya, beliau percaya perdana menteri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapan-jawapannya yang didakwa berbeza itu.

Sehubungan itu, Lim berkata, beliau akan menuntut penjelasan berhubung kekeliruan itu pada sesi perbahasan selepas pembentangan RMK10.

"Perkara dalam RMK9 pun belum diselesaikan lagi, macam mana hendak bentangkan RMK10?" soalnya.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

  1. Salam,

    adapun tujuan saya adalah untuk membina rangkaian blogger..
    Sekian lama saya mempelajar bagaimana membina blog.. kini sudah sampai masa saya membina rangkaian bersama-sama blogger hebat yang lain, serta mempelajari lebih banyak untuk menjadi blogger hebat seperti anda..
    Di harap kita akan dapat saling mengunjungi antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi persaudaraan serta mendapat menafaat daripadanya.. insya Allah

    Sesungguhnya hujung jari yang menekan papan kekunci pada keyboard adalah lebih tajam dari mata pedang..

    wassalam...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    adapun tujuan saya adalah untuk membina rangkaian blogger..
    Sekian lama saya mempelajar bagaimana membina blog.. kini sudah sampai masa saya membina rangkaian bersama-sama blogger hebat yang lain, serta mempelajari lebih banyak untuk menjadi blogger hebat seperti anda..
    Di harap kita akan dapat saling mengunjungi antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi persaudaraan serta mendapat menafaat daripadanya.. insya Allah

    Sesungguhnya hujung jari yang menekan papan kekunci pada keyboard adalah lebih tajam dari mata pedang..

    wassalam...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.