Monday, March 29, 2010

RENDANG TOK

بسم الله الرحمن الرحيم

Resepi Rendang Tok



Bahan-bahan :
1 kg daging
100 gram bawang merah
80 gram bawang putih
80 gram halia - dimayang
½ biji isi kelapa - dihiris 5 sm
60 ml pati santan
300 gram kerisik kelapa
5 gram gula melaka
Garam secukup rasa
15 gram serbuk ketumbar
15 gram serbuk cili
10 gram jintan putih
10 gram jintan manis
20 gram serbuk kari daging
5 gram lada hitam
10 biji buah pelaga
5 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih

Cara membuat:
1) Gaul rata semua bahan kecuali daging, garam dan gula Melaka.
2) Selepas rata barulah dimasukkan daging. Perap selama dua hingga empat jam.
3) Masukkan ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
4) Reneh selama tiga jam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering.
5) Masukkan gula melaka dan garam. Kacau lagi hingga rata.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

  1. wah nampak sedaplah...maceh kongsi.

    ReplyDelete
  2. Salamu'alaikum..

    Ni pure Perak nyer rendang tok nih...
    isi klapa muda tu sodap sgt bilo msuk dlm rondang nih! slalunyer k sue boh cili giling, gantikan serbuk cili.. Tiap rayer mesti ada rondang tok nih, 'fabrite' anak2 n suami.. pkena dgbn pulut kuning kukus..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.