Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, March 8, 2010

BUDAK 11 TAHUN MENONTON VIDEO LUCAH DAN MEROGOL

بسم الله الرحمن الرحيم

Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu

Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.

Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.

Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.

Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.

“Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan ‘dipukau’ apabila mengikut kehendak suspek.

“Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir,” katanya.

Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.

Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam,” katanya.


APA BEZA AMERIKA SYARIKAT, RUSIA DENGAN MALAYSIA? - Duniacacamarba


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

10 comments:

wanita mutalib said...

masyaAllah..

apa dah jadi!!??

sedihnya..

fik-autoz said...

astaghfirullah halazim.......pendedhan seks terlampau..bahaya tu

siswi ukm said...

what the h***.......???????????????
kg manir? kg sy tuh..... fuh mlampau gile budak skang.. ap nk jadi.. parent kna pantaw diowg lebih...

Anonymous said...

awasssss anak2 kiter, yang sengal tu mak bapak yang beli cd lucah

IntanBerlian said...

yaAllah..budak2 ni.. kenapalah macam ni.. inilah yang aku takut sangat..

Ella Ismail said...

astaghfirullah halazim...
kita sudah akhir zaman kini...
ya allah ampunkan umat mu sekaliannya...

ibu n bapa perlu lebih mengambil berat n memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak-anak mereka perkara buruk seperti itu takkan beraku di alam maya Allah swt ini...amin

Anonymous said...

xpe2, nanti saya ajar subjek pendidikan sex tau lah dorang.
dorang xreti cover la tu.

hmm ape nak risau?
rogol org masuk penjara,
mencuri berjuta2 masuk penjara,
membunuh masuk penjara,
tokey DVD bole bayar pulis,
tokey DVD xkacau politik kera.jaan.
aparahal?!
ni 1 malaysia!

tapi hati2, jgn try menegakkan Islam,
nanti kene masuk ISA oo...
nanti dipanggil terrorist!
bahye!

Oohh.. kalu kat kelana jaya,
kedai DVD dekat dgn balai polis je,
bkn stakat balai polis,
kuartes bapak polis pon ade,
oh, dgn ibu pejabat kastam pon ade la... x jauh pon dari kedai DVD tu, jarak dlm 100m jek,
sape dok KJ tolong kirakan jarak kedai DVD kat giant kecik n bee's sbelah giant (aduyai, lupe, ade 2 kedai dvd la kat situ) dengan balai polis KJ, balai polis ek, bukan kuarters, kalu kuarters pulis tu bukak pintu jerit je order DVD, kuarters polis tu tempat pulis tido! balai polis jauh sket, sberang jalan je ngan kuarters.

hehehe
TQ.

-gorgon1383-

noorafzan.blogspot.com said...

Astaghfirullah..
Apa nak jadilah dengan donia masa kini..

cimöt said...

tak padan kecik!!!tapi sekarang memang la bebudak cepat sgt matang..terlampau expose life dorang..apa taknya,baru darjah bape dah bercintun sakan...mmmmm..geleng kpala..

Anonymous said...

jadi, setujukah kita jika pendidikan seks diajar disekolah..???