Tuesday, February 2, 2010

INDIA PENGEMIS CINA PELACUR

بسم الله الرحمن الرحيم

Nasir kata depa ni pengemis dan jalang!



Apa kenyataan sebenar Pegawai Khas Kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar sehingga dia terpaksa meletakkan jawatannya? Kononnya dia membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap dalam seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai "pendatang".

Tapi Malaysian Insider melaporkan sebentar tadi, Nasir bukan saja melabelkan kaum Cina dan India sebagai "pendatang", tapi dia mengeluarkan kenyatan yang lebih teruk dari itu! Mengikut Malaysian Insider, Nasir mengeluarkan kenyataan "orang India datang ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan orang Cina terutama wanita datang ke sini untuk menjual tubuh mereka!" ("Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”).

Alamak teruknya Nasir! Kalau dia ucapkan perkataan itu dalam rumahnya sendiri dan cuma didengari oleh anak isterinya satu hal, tapi ini ucapan dibuat di depan umum yang didengari oleh ramai orang dari pelbagai kaum. Nak mampos betul Datuk ni, apa dia ingat kerana dia orang kuat PM boleh kata orang sesuka hati?

Mungkin Nasir ni rasa dirinya hebat kerana dia orang kanan PM. Jadi dia hendak tunjuk dia lebih hebat dari tokoh rasis lain, termasuk Datuk Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang pernah menggelar kaum India dan Cina sebagai pendatang. Cuma dalam keceluparan Ahmad, dia tidak memanggil kaum lain sebagai pengemis dan jalang, tetapi Nasir melakukannya kerana dia mungkin rasa lebih hebat dari Ahmad.

Nasir adalah Pegawai Khas Najib. Walaupun Pejabat Perdana Menteri boleh kata ia adalah kenyataan peribadi Nasir, tapi orang tetap akan nampak kenyataan biadabnya itu adalah kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri.~ pendikar gunung kriang


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

  1. Salam sifu,umno memang parti perkauman dan minda mereka sukar dibersihkan dari semangat perkauman.lama-lama terbongkar juga.

    ReplyDelete
  2. SALAM YA SAHABAT..
    AKHIRNYA PE-END NAJIB ALTANTUYA DIMALUKANOLEH PEGAWAI KHASNYA SENDIRI...PERJUANGAN NAJIB ALTANTUYA MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA "BERKECAI" OLEH ORANGNYA SENDIRI....DAN TERBUKTILAH BAHAWA 1MALAYSIA SANGAT-SANGAT TIDAK RELEVAN DAN HANYA MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT SAHAJA.....

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.