Monday, January 18, 2010

BUAYA DI PORT DICKSON, PENAFIAN MB N9 KURANG MEYAKINKAN

بسم الله الرحمن الرحيم



Jika benar dakwaan ada buaya di pantai Port Dickson, reptilia itu telah tersesat dan tidak mungkin boleh hidup lama disebabkan sukar mencari makanan berbanding habitat asalnya, Kosmo dipetik.

Pensyarah Institut Oceanografic Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya di kawasan pantai bukan sesuatu yang mustahil kerana ia boleh hanyut dan dibawa arus pada waktu banjir.

"Walaupun secara rasionalnya buaya dari muara Sungai Linggi tidak mungkin hanyut ke Port Dickson kerana jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu.

6 comments:

  1. tidaaak ;0
    hamba sudah 16 tahun menetap di PD tak pernah pula dengar. hoho

    ReplyDelete
  2. ^^Takot2..

    tiada yg mustahiL jika Allah menghendakinya..

    ReplyDelete
  3. tak mustahil kalo buaya tu sesat..just berhati2 le...air yg tenang jgn sangka takde buaya...

    ReplyDelete
  4. Satu badan penyiasat khas harus dtubuhkan untuk membuat siasatan...
    hahahahaha... mcm biasa dengar je ayat ni...

    ReplyDelete
  5. Baik x payah pergi mandi kat PD drp jadi mangsa buaya lapar..Wlaupun bkn buaya tpi takut juga kat haiwan2 yg gigit kaki mcm tu......Eeeeee takutnya akuuuuu..

    ReplyDelete
  6. buayer buayer buayer,,,,,..... kt pd 2 mmg ramai buayer... hehe... kebanyakanyer buayer2 tempatan yg kulit dah tebakar[sun burn].... apapper pn, jauhkn dr memasing dr maksiat, nak nak kat pantai2 pd nun & mane2 tempat pn... 2 sume slh 1 petanda... skang ni dlm dunia mcm2 leh jd.. kun fayakun... ALLAH kate nk jd, jd lah menda2 tu...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.